Taman Gombak : PAS di peringkat parlimen Gombak telah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU13) yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Ini telah terbukti apabila malam tadi telah diadakan Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya PAS DUN Gombak Setia di MTD Gombak Setia, Tmn Gombak yang telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, YB Tn Hj. Saari Sungib (ADUN Hulu Klang).
Sehubungan dengan itu, YDP PAS Kawasan Gombak, Sallehuddin Nasir telah menyeru semua jentera pilihanraya harus membuat persiapan menghadapi (PRU13).
Katanya, “gerakkerja ini harus bermula malam ini kerana pilihanraya akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang disemua peringkat kawasan”.
“Diatas prinsip akidah dan perintah Allah SWT seharusnya kita melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor untuk menuju ke Putrajaya”.
Katanya, “bermula malam ini, saya mahu semua bilik gerakan di peringkat parlimen Gombak wajib membuka bilik gerakan sehingga parlimen digubarkan. Walaupun kita tidak tahu tarikh pilihanraya, tetapi saya yakin dengan scenario politik masa ini, membuatkan Najib, Perdana Menteri (PM) akan umumkan pilihnraya bila-bila sahaja, lebih-lebih lagi jika semua rakyat sudah memakai Baju Bersih 2.0 pasti parlimen digubarkan dalam masa terdekat ini, katanya.
Beliau juga telah mengingatkan semua petugas agar sentiasa memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan rasa berdosa dalam diri jika tidak melaksanakan tugas ini dengan sebaiknya kerana kerja yang dilakukan dalam PAS adalah satu kesinambungan daripada Nabi SAW untuk mempertahankan kemenangan Islam.
Selain daripada itu, beliau juga mengharapkan setiap jentera samada ada jawatan atau tidak ada jawatan dalam PAS, penyokong atau pendokong PAS hendaklah berusaha mencari dana untuk memantapkan gerakkerja dalam menghadapi pilihanraya ini.
Semua jentera juga diminta hadir ke MTD setiap hari untuk membuat kerja pilihanraya ini. Katanya, “sekarang bukan masa untuk kita merasakan kesenangan dan berlengah lagi. Jika kita terleka maka musuh kita akan memasuki Gombak dengan mudah.”
Beliau juga mengingatkan semua ahli PAS yang hadir malam itu dalam tazkirahnya, “2 mata yang tidak dibakar api neraka pertama mereka yang menangis kerana mengenangkan segala dosanya dan keduanya mereka yang berjuang ke jalan Allah SWT. Kaki yang tidak menyentuh api neraka adalah mereka yang kakinya terlekat debu-debu kotor kerana berjuang ke jalan Allah. Inilah janji Allah untuk hambanya yang berjuang ke jalan agamanya”.
Sementara itu, Pengarah JPRD Sidek Daud pula berkata “ walaupun bilik gerakan dilancarkan malam ini tetapi gerakkerja pilihanraya di peringkat Parlimen, Gombak telah kita lakukan sudah lama”.
Kerja daftar pemilih yang telah didaftarkan tahun ini oleh petugas PAS Gombak sudah mencapai seramai 2000 lebih bagi memastikan semua rakyat keluar mengundi yang akan berlaku tahun ini.
Menurutnya lagi, culaan dari rumah ke rumah sekitar Gombak telahpun selesai dilaksanakan namun ianya harus di buat semakan dari semasa ke semasa kerana dibimbangani nama-nama pengundi di pindahkan oleh pihak SPR yang sedang menggila dengan memberi kerjasama dengan UMNO/BN untuk memastikan mereka menang dalam PRU13 walaupun terpaksa dilakukan dengan berbagai cara, katanya kepada media malam tadi.