Ketika krisis menggantikan MB Tan Sri Khalid Ibrahim bermula bukan PKR atau DAP yang kritik atau komplain kepada Khalid Ibrahim tetapi Pas Selangor ketika itu mengutus memorandum 70 perkara bertanyakan kepada MB Khalid (kelemahan MB memberi peruntukan dsb) yang akhirnya jadi isu besar melibatkan PKR dan DAP
Namun banyak pihak yang kemudiannya tidak melihat peranan Pas dan menyalahkan orang lain berkaitan kes Khalid Ibrahim
Sehingga akhirnya krisis penggantian MB menyebabkan terbubarnya Pakatan Rakyat yang sangat berjaya memerintah bersama Melayu, Cina dan India di Selangor khasnya
Amanah elak krisis lama
Apabila menyedari apa yang berlaku dan tidak mahu ianya berterusan maka beberapa bekas pimpinan Pas menubuhkan wadah baru iaitu Gerakan Harapan Baharu dan AMANAH
Maka tercetus polemik dalam memacu gerakan ISLAM di negara rantau ini, apakah hanya Pas saja yang berhak memonopoli jemaah Islam dan yang lain adalah haram atau pengkhianat. Hujah ini didendangkan Pas untuk menutup kelemahan mereka.
Seruan Haji Hadi bersambut
Sangat tepat kata sebahagian lulusan agama dalam dan luar negara yang sedang memimpin Pas sekarang bahawa Allah telah sedang menapis seluruh kepimpinan dan ahli Pas. Mereka gembira kerana Pas telah dibersihkan daripada ahli-ahli yang khianat
Seruan Hj Hadi presiden Pas bahawa jika tidak berpuas hati maka keluar parti dan tubuh parti baru kini bersambut
Namun menjadi kemarahan Pas kerana ada pimpinan kecil dan besar dan ahli-ahli biasa yang tidak disangka keluar Pas masuk Amanah. Pas tidak senang dan marah
Pas risau dan sakit hati
Maka dikatakan oleh sebahagian pimpinan Pas bahawa sesiapa ahli yang keluar Pas maka dia sebenarnya tidak dapat hidayah ALLAH dan sesiapa yang kekal istiqamah dalam Pas itulah yang dapat hidayah Allah
Sebenarnya Pas sedang rebah perlahan-lahan kerana keputusan politik yang cacar marba dan Pas kian lemah serta tidak dipercayai lagi dan sukar diperbetulkan lagi KECUALI Pas bersedia bermuhasabah tanpa prasangka dan membuang sifat fitnah memfitnah