Ulasan oleh Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar amat jelas dan dengan bukti dokumen mahkamah
yang terang lagi bersuluh bahawa nama calon BN jelas terpampang di notis saman kerana kesalahan
mentadbir tanah seorang rakyat yang akhirnya membawa padah kerajaan akan kerugian sebanyak
RM 1.5 juta , itu semua wang rakyat yang akan menanggung kerugian kerana kecuaian tersebut.
Tetapi dalam BN mereka semua hanya pandai dan tahu menubuhkan badan intergriti atau badan rasuah
dan banyak lagi nama-nama institusi yang kononnya hendak mengelakkan rakyat dan pemimpin dari
terpalit dengan rasuah dan salahguna kuasa tetapi sebenarnya mereka memperalatkannya sahaja demi
perut dan kekuasaan mereka selama ini.
Calon BN di Port Dickosn pun apa kurangnya yang sememangnya sah terlibat dengan rasuah politik
wang sehingga hilang jawatan menteri namun BN tetap mencalonkannya kerana yakin rakyat tidak akan
mengambil peduli kes seperti itu dan PRK Tenang mengulangi semula drama tersebut.
BN yakin rakyat Tenang khususnya pengundi Tenang tidak akan mengambil kisah akan perihal dan salahlaku
calon BN Azhar Ibrahim semasa menjawat ADO Segamat itu. Jika ini berlaku pada calon Pakatan Rakyat
samada jika Cikgu Normala terlibat dengan apa-apa kes contohnya ditukarkan ke seklah lain kerana itu
dan ini maka gendangnya akan dipukul oleh BN 24 jam melalui TV nya.
Kepada pengundi Tenang buatlah dan lakukan pilihan yang betul bersesuaian dengan slogan PAS yaitu
PAS GANTI UMNO untuk wakil rakyat PAS menyuarakan masalah rakyat di Tenang dan Johor dalam DUn Johor
kerana terbukti selama ini calon PAS adalah Guru Cemerlang Negeri Johor dan diiktiraf oleh Kementerian
Pelajaran sendiri. Ini fakta yang tidak boleh diputarbelitkan oleh sesiapapun.
Tahniah Cikgu Normala dan Insya Allah beliau akan menjadi pemimpin contoh dan idola pemudi Johor khasnya
samada akan dipilih hari ini sebagai wakil rakyat pada 30 Jan ini atau selepas daripada ini.