KENYATAAN MEDIA: Kuih Bulan REFORMASI Parti KEADILAN Rakyat telah dilancarkan di Ibu Pejabat KEADILAN oleh Presidennya, Dato Seri Dr Wan Azizah bersama Maskot Parti KEADILAN Rakyat – “ADIL” pada hari ini.
Pada bulan September 1998, mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan jawatannya dan ditahan serta dizalimi dan pada ketika itu juga, tercetuslah pergerakan Reformasi yang dipelopori rakyat.
Secara kebetulan, pelancaran Gerakan Reformasi dijatuhkan pada Pesta Tanglung tahun berkenaan. Perkataan “Reformasi” telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Tionghua buat pertama kalinya dengan ertikata “Lawan Tetap Lawan” dan Tanglung yang tertera “Reformasi” dalam Bahasa Tionghua telah dibawa dalam perarakan Pesta Tanglung.
Dalam sejarah Negara China, Kuih Bulan telah digunakan sebagai alat sebaran maklumat di mana sepucuk nota yang mengandungi mesej menggulingkan pemerintah zalim telah diselitkan di dalam Kuih Bulan dan kerajaan yang zalim pada ketika itu telah berjaya digulingkan oleh rakyat.
Maka, KEADILAN melancarkan Kuih Bulan Reformasi bagi memperingatkan semua warga Malaysia supaya meneruskan agenda Reformasi dan menjatuhkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang zalim dan menindasi rakyat.
Walaupun sudah lebih setahun Ketua Umum KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan oleh kerajaan UMNO, agenda reformasi masih didukung oleh warga KEADILAN dan kami meyeru semua warga Malaysia supaya menyertai kami dalam memastikan KEADILAN dapat ditegakkan dan kerajaan UMNO yang diketuai Najib Razak dapat dijatuhkan.
Setiap kotak Kuih Bulan Reformasi dijual pada harga RM20 dan mengandungi dua biji Kuih Bulan berperisa lotus dan kacang. Untuk mendapatkan Kuih Bulan Reformasi, sila hubungi 016-6221908 (KL & Selangor), 012-596019 (Perlis, Kedah & Pulau Pinang), 012-5322152 (Perak), 016-7183453 (Melaka), 016-9391220 (Pantai Timur & Johor) & 013-8393325 (Sabah & Sarawak).
Lee Chean Chung
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
ADUN Semambu