(Malaysia Dateline)
Menantu dan anak saudara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertembung dalam facebook ekoran penyalahgunaan hubungan masing-masing dengan naib ketua Persatuan Ulama Sedunia itu.
Isu menjadi panas dalam media sosial apabila AJK Pas Pusat yang juga menantu Abdul Had, Zaharudin Mohamad membangkitkan perkara itu.
Zaharudin dalam satu tulisan di facebooknya memaklumkan Miqdad bukan anak saudara kepada Hadi.
“Ustaz Miqdad Zakaria bi bukan anak sauadara Presiden Pas, bukan darah daging, tetapi hanya kene mengena secara sabit (sebelah isteri) Presiden Pas.
“Saya harap PAN (Amanah) bangunkan parti dengan jadi diri sendiri bukan dengan hijack pengistilahan dan menyebarkan berita-berita yang tidak tepat,” tulis Zaharudin, pegawai kanan di Kumpulan Perangsang, anak syarikat kerajaan negeri Selangor dalam facebooknya.
Ekoran itu, Miqdad yang juga Ketua Amanah Marang menjawab tulisan itu dengan memohon maaf di atas kekhilafan itu.
“Ana tidak ada hubungan darah daging dengan Presiden Pas.. Sama juga Ustaz Zaharudin tidak ada pertalian darah daging.. Jadi ana mewakili pihak tertentu memohon maaf atas kesilapan yang kerap berlaku ini.
“Jom ahli Amanah kita bangunkan parti Dengan Nama Allah dan Rasul!! Itu dah memadai,” tulis Miqdad dalam facebooknya.
Ekoran itu, aktivis Amanah, Zolkharnain Abidin turut campur tangan.
“Saya bukan anak saudara Presiden Umno, Presiden Keadilan, Presiden Amanah dan Presiden Bersatu. Jauh sekali Presiden Turki atau Presiden Amerika.
“Penafian ini saya lakukan sendiri, bukan dibuat oleh menantu semua presiden berkenaan.
“Jadi, Ust Miqdad Zakaria tak payah kecil hati apabila dinafikan sebagai anak saudara Presiden Pas oleh menantunya,” tulis Zolkharnain.