SHAH ALAM 5 Julai – Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, malam semalam, disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.
Komentar :
Bagaimana sekiranya pihak polis atau mereka yang menentang BERSIH, yang meletakkan semua benda tersebut, selepas itu kononnya mereka terjumpa bagi menguatkan kebencian mereka terhadap perhimpunan BERSIH dan menidakkan hak rakyat. Polis boleh buat la semua cerita rekaan tersebut…UMNO memang 110% percaya!!
Macam-macam boleh ditafsir dengan penemuan tersebut bahkan inilah taktik FBI CIA KGB dan sebagainya lagi untuk menganiaya penentang rejim mereka. Dah banyakpun kes dimana berlaku fitnah melampau dan taktik kotor untuk menyabitkan sesaorang contohnya penagih tegar ketika ditangkap dimasukkanya sedikit dadah untuk alasan menangkapnya begitu juga kes sebegini demi untuk mengaibkan demonstrasi aman maka akan adalah penemuan seperti ini.
(Visited 105 times, 1 visits today)