PKR bersedia melepaskan kerusi kepada parti baharu naungan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sedang menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, kesediaan melepaskan kerusi milik parti itu merupakan bukti komitmen PKR bekerjasama dengan parti Melayu itu yang bakal dipimpin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Takkanlah kerjasama kita tak berkongsi kerusi. Kalau tidak, kita tak katakan kerjasama. Kita kena rasional.
“Kerusi dia (Bersatu) boleh menang, dia ambil, kita (PKR) boleh menang kita ambil,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Muhhyiddin berkata pihaknya mengintai beberapa kerusi milik PKR dan PAS pada PRU14 akan datang.
Katanya, sesetengah kawasan dikenalpasti sesuai untuk parti berkenaan bertanding.