Keuntungan Petronas bagi suku kedua tahun ini jatuh 85 peratus berikutan harga minyak rendah apabila melaporkan untung bersih RM1.62 bilion dalam tempoh itu daripada RM11.07 bilion tahun lalu.
Petronas dalam satu kenyataan menyatakan pendapatan syarikat ialah RM48.44 bilion, kurang 21 peratus daripada tempoh sama pada 2015.
Petronas menjangkakan terus menerima kesan daripada harga minyak tidak seimbang sepanjang tahun ini.
“Walaupun harga minyak mentah pulih sedikit, lebihan bekalan dan keadaan lembap menyebabkan ketidaktentuan masih kekal,” kata kenyataan itu.
Ekonomi Malaysia merupakan ketiga terbesar di Asia Tenggara, tetapi kini terpaksa berdepan dengan kejatuhan harga minyak dan permintaan dari luar menyebabkan pendapatan berkurangan dan tekanan ke atas ringgit.
Malaysia juga digegarkan dengan skandal kewangan susulan dakwaan berbilion ringgit dilesapkan daripada sebuah dana pelaburan milik negara yang diasaskan perdana menteri.
Awal bulan ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 4 peratus bagi tempoh setahun April-Jun, iaitu kadar pertumbuhan paling perlahan sejak berada pada 1.1 peratus ketika krisis ekonomi global pada 2009.
Bulan lalu, Malaysia buat pertama kali dalam tujuh tahun mengumumkan pemotongan kadar faedah.
Harga minyak juga mengalami kejatuhan di pasaran saham berikutan lebihan bekalan, susut lebih 20 peratus dan ditutup pada AS$40 setong buat pertama kali sejak April.
P/S: Malaysia bergantung 40% bajet tahunan kepada keuntungan dan dividen Petronas. Dengan keuntungan yang sedikit maka 30% daripada hasil Petronas akan hilang dan tidak boleh ditampung hasil -hasil lain kerana negara mengalami difisit bajet sejak 1998. Kerajaan tiada cara lain selain memotong sekurang-kurangnya RM30 bilion perbelanjaan pada tahun 2016 – 2017. Hal ini pastinya menjejaskan projek-projek mega tetapi kerjaan terpaksa menanggung RM42 bilion hutang 1MDB kerana bayaran faedah dan bon yang telah matang tidak boleh dilewatkan.
Mungkinkah Malaysia akan menghadapi krisis ekonomi sama seperti 1998 pada tahun hadapan?