Isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dianggap sebagai ‘jenayah agama’ di kalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan, kata Adun Salor Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, golongan agamawan melihat ‘good government’ ini sebagai tanggungjawab yang dipisahkan daripada Islam sehingga ia tidak dianggap sebagai ‘jenayah agama’ oleh pelakunya.
“Dalam kes 1MDB jika menghilangkan wang yang di amanahkan rakyat itu tidak dianggap sebagai ‘jenayah agama’ apa lagi?
“Kita nak pejam mata sebelah. Jika ustaz-ustaz mendapat maklumat seluasnya mereka akan istighfar 100 kali, malah tidak ada seorang ustaz pun dalam Pas akan duduk diam,” ujarnya ketika sesi soal jawab dalam Wacana Harapan: 1MDB Ke Mana Hujungnya? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi yang dianjurkan oleh akhbar mingguan Amanah semalam.
Mengulas lanjut mengenai jenayah agama ini, Husam berkata,di dalam al-Quran banyak disebut pemimpin agama dikalangan Bani Israel mereka membiarkan penyelewengan harta benda rakyat dengan tidak menegur pemimpin dan penguasanya, maka dikutuk Allah swt.
“Selain al- Quran dalam hadis Rasullullah saw juga mengecam pemimpin masyarakat membiarkan amalan pecah amanah berlaku berleluasa.
“Apa yang berlaku dalam kes 1MDB ini ternyata jumlah pecah amanahnya cukup besar berbilion ringgit digunakan untuk perkara bertentangan dengan agama Islam.
“Pastinya golongan agamawan mempunyai kewajiban yang besar berbanding orang biasa seperti kita.
“Isu ‘good government atau berkerajaan yang baik ini masih lagi agak asing bagi kebanyakan agamawan.
“Mereka hanya melihat Islam sebagai hukum berkaitan ibadat dan kekeluargaan semata-mata, tetapi kes bernegara kurang diberikan perhatian untuk membincangkannya,” ujarnya.
Apakah punca berlaku keadaan ini dikalangan ulama, naib presiden Pas ini berkata, dua sebab menjadi penghalangnya.
“Pertama golongan agamawan belum mendapat maklumat sepenuhnya mengenai isu ini kerana kebanyakan bahan-bahannya disebarkan dalam bahasa Inggeris.
“Tetapi itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk golongan agamawan ini mencari duduk perkara sebenar yang berlaku dalam isu 1MDB ini.
“Keduanya masalah kita antara kefahaman agama dengan konsep kenegaraan Islam ada jurangnya. Kebanyakan orang yang beraliran agama masih ada pemisahan sekular dan islamik yang menghalan mereka untuk bertindak dan menyuarakan pandangan.
Rakyat ternanti-nanti sikap agamawan Islam dalam isu 1MDB kerana tanggungawab di bahu golongan agamawan sangat besar apa hala tuju mereka bagi menangani isu ini, masih lagi tidak dijelaskan,”ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Dalam perkembangan sama Presiden Amanah Mohamad Sabu juga pernah membidas sikap ulama negara ini yang membisu dalam isu membabitkan 1MDB.
Mohamad dipetik berkata, Malaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara.
Katanya penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan, Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulama yang lantang menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong. Malaysia dateline