Selepas Husam menghalusi perkembangan politik semasa dan tindak tanduk Pas kebelakangan ini maka beliau wajar meneruskan perjuangan Islam dan umah melalui wadah Amanah yang selari dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas sebelum ini.
Kini, Pas bukan lagi pejuang tunggal membawa panji-panji Islam di Malaysia, yang diadun daripada perjuangan Imam Hassan Al Banna di Mesir mahu pun gerakan-gerakan Islam antarabangsa yang lain.
Amanah mula menjadi pesaing yang berwibawa.
Husam berkarismatik
Tugas dan peranan Husam kini adalah untuk menanamkan kepada khalayak dan seluruh rakyat untuk memahami dasar perjuangan Islam yang dipelopori oleh mantan Presiden Pas almarhum Ust Fadzil Noor dan Mursyidul Am Pas yang kedua iaitu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Husam punyai wiwbawa, karektor serta kebolehan serta sarat dengan pengalaman perjuangan yang boleh diharapkan Amanah untuk merancang kemenangan dalam pilihan raya, khususnya di Kelantan.
Amanah berpeluang menang
Meskipun Amanah adalah kesinambungan daripada Pas luar dan dalam tetapi semua itu tidak menghalang Amanah bakal muncul pemenang dalam pilihan raya akan datang.
Terbukti perjuangan Pas mula terpesong daripada kehendak rakyat dan mula berbaik-baik dengan BN. Oleh itu, bagi rakyat yang prihatin dan mahu perjuangan Islam maka Amanah akan menjadi pilihan mereka.