Pelancaran konvoi Bersih 5 di Kota Bharu bermula pagi ini dengan azam mengerah penyertaan paling ramai dari Kelantan ke perhimpunan 19 November ini.
Penyelaras Pantai Tumur Bersih 5, Safwan Anang berkata, pehimpunan aman hari bertujuan menggerakkan rakyat untuk bersama-sama menuntut satu pilihanraya yang benar-benar adil dan bersih.
“Konvoi hari ini mahu semua rakyat sedar bahawa semua mesti ikut serta menuntut satu pilihanraya yang akhirnya memberi kemenangan kepada majoriti rakyat, buka pihak yang memanipulasi undi.
“Kita mengaharapkan penyertaan rakyat Kelantan paling ramai kerana kita yakin rakyat Kelantan ada kesedaran politik yang tinggi.
Turut berucap Yong Safura (Rara) dari DAP, Bekas MP Datuk Zaid Ibrahim dan Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad.
Selain itu pelancaran ini juga menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diarak dengan ‘teksi’ (panggilan untuk beca di Kelantan), sebagai simbolik pelancaran (flag off) konvoi Bersih 5 peringkat negeri Kelantan.
Konvoi berkenaan akan berkembara ke seluruh negeri Kelnatan sebelum menghantar obor ke sempedan negeri Terengganu.
Ketika berucap, Wan Azizah berkata, rakyat Malaysia harus malu dengan sistem pilihan raya kita yang penuh dengan kesamaran dan penyelewengan.
“Saya sendiri bila berada di luar negara berasa malu nak mengaku wakil rakyat Malaysia kerana semua orang mencemuh sistem kita yang tidak adil.
“Semua rakyat tanpa mengira parti mesti ikut serta menuntut pilihan raya bersih ini kerana bila ada pilihan raya bersih barulah rakyat mendapat hak mereka tanpa penipuan dan penyelewengan,” katanya.