Kerajaan-BN sanggup menutup seluruh Kuala Lumpur sejak pukul 8.00 sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit dalam sehari. Namun itu tidak menjejaskan semangat para peserta demo Bersih untuk menunjukkan bantahan dan rasa meluat mereka terhadap sistem pilihanraya regim BN yang tidak jujur.
Demonstrasi tetap diadakan pada jam 12.30 bermula di Masjis Negara sejumlah 30,000 peserta. Demo dari Masjid Negara dipimpin oleh beberapa pemimpin PAS. Mereka berarak ke arah Menara Maybank berhampiran Pudu Raya pada pukul 12.40.
Di kawasan berhampiran Masjid India Dr Hatta Ramli memulakan demostrasi. Beliau menyatakan perhimpunan tersebut aman dan tidak perlu diganggu polis.
“Kita tetap kata perhimpunan ini aman dan kita sokong himpunan aman. Kita sokong Bersih,” katanya.
Penunjuuk perasaan bergerak kea rah Menara maybank pada pukul 1.00 diserati kira-kira 5,000 orang. Para demonstarn tiba di Menara Maybank setengah jam kemudian. Polis menutup sepenuhnya setesen LRT Masjid Jamek dan menutup jalan ke Dataran Merdeka.
Dr Hatta berucap di tangga hadapan Menara maybank pada pukul 1.10. meminta kerajaan prihatin dengan tuntutan rakyat yang mahukan senaga sivil.
“Kita melihat satu sekatan dan penutupan jalan yang tidak pernah dilakukan sepanjang hayat kita. Seluruh Kuala Lumpur ditutup. Namun itu tidak mematahkan semangat kita menuntut pilihantaya yang Bersih,” ucapnya.
Sepuluh minit kemudian peserta demonstrasi yang terperangkap di Central market dan Masjid negara tiba di hadapan Menara Maybank. Kumpulan itu membentuk satu gelombang besar mengibarkan bendera Malaysia, Selangor, Sarawak dan baju T kuning.
Dalam lima belas minit himpunan menjadi 50,000 orang dengan peserta dari Bukit Bintang bergabung. Para demonstran terus meneriakkan, ‘Kami mahu ubah sistem pilihanraya,’ ‘kita tukar kezaliman’, tolak kemungkaran, hidup Bersih,’
Kumpulan it uterus bergabung menjadi 70,000 orang tepat pada jam 1.30. Ucapan Dr Hatta tenggelam dengan teriakan massa. Polis FRU mara kea rah penunjuk perasaan. Semburan air pemedih mata dimulakan. Namun para penujuk perasaan tidak mengalah mereka mara menghadapi polis. Polis berundur kemudian melepaskan gas pemedih mata.
Para penunjuk perasaan berundur ke dalam Menara Maybank. Yang lain lari kea rah pudu raya. Tangkapan dimulakan dan kira-kita 10 orang ditahan.
Para penunjuk perasaan yang berundur ke Pudu Raya mara semula ke arah polis pada pukul 2.00 petang. Berlaku tangkapan rambang dan keganasan polis di hadapan Menara Maybank.
Setengah jam kemudian penujuk perasaan berhimpun semula di hadapan Pudu Raya. Polis melepaskan gas pemedih mata dan merempuk mereka sehingga ke arah Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu. Berlaku pertemburan pada pukul 3.30 antara FRU dan penunjuk perasaan.
Para demonstran berkubu di tengah Jalan Pudu dan polis melepaskan gas pemedih mata. Penujuk perasaan membaling semula canister ke arah polis. Polis terpaksa berundur kerana kepedihan mata. Hujan turun dengan lebatnya dan para penujnjuk perasaan berkubu di Hospital Bersalin Cina
Polis memberi masa bersurai. Sivarasah Rasiah dan Ngeh Khoo Ham cuba berunding. Polis memberi jaminan akan membenarkan orang ramai beredar dengan tenang. Namun sepuluh minit kemudian polis menyerbu dan menangkap peserta. 30 orang ditahan di hospital bersalin.
Sekumpulan 40 orang terperangkap di tembok parking hospital itu. Mereka berselawat dan membaca doa. Meminta polis melepaskan. Namun kesemua mereka dirempuh dan ditahan dalam 20 orang.
Perhimpunan berakhir di Jalan Pudu pada jam 4.00 petang. Namun di tempat lain perhimpunan masih berjalan. Di KL Sentral perhimpunan berjalan sehingga jam 4.30. di KLCC perhimpunan berjalan sehingga 4.20 petang. Peserta kemudian ke Kampung Baru.
Dilaporkan 1,000 orang ditahan. Pemimpin utama yang ditahan Tuan Guru Hadi Awang, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar, Sivarasa, Ngeh Khoo Ham. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dilaporkan cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan masih dirawat di hospital.
Terbaru lebih seribu orang ditahan dan Kuala Lumpur masih ditutup