3.45pm: Presiden PKR, Wan Azizah berucap kepada orang ramai sebelum meminta mereka bersurai.
Beliau berkongsi bahawa Anwar sebelum ini berkata, apa yang paling penting adalah bagi rakyat untuk menukar kerajaan sedia ada dan sistem yang menindas.
“Tidak penting sama ada Anwar bertanding dalam PRU14 atau tidak. Tidak penting jika Anwar menjadi Perdana Menteri atau tidak.
“Tidak penting sama ada beliau akan mendapat apa-apa ganjaran. Anwar berkata, apa yang paling penting adalah negara ini,” kata Wan Azizah.
2.30pm: Hakim Zulkefli tidak membuat sebarang penghakiman. Mahkamah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
2.25pm: Sri Ram menjawab bahawa jika Mahkamah Persekutuan melanggar peraturan keadilan asasi, semakan harus dibenarkan.
Beliau berkata kata kunci harus berpaksikan “ketidakadilan atau mengelakkan ketidakadilan”.
“Ini untuk membetulkan apa jua ketidakadilan jika terdapat prosedur yang tidak adil. Ini sememangnya selaras dengan keadilan prosedur.
“Adakah ia demi kepentingan keadilan untuk membenarkan pihak yang disabitkan dipertahankan?” kata Sri Ram ketika membuat kesimpulan.
2.20 pm: Timbalan Pendakwa Raya berkata mahkamah tidak sepatutnya mengambil pendekatan liberal ke atas Peraturan 137, seperti di India.
Ahmad Kamal berkata, pihak berkuasa kes yang disebut pemohon ialah bagi perkara-perkara mengenai rayuan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan semakan.
“Keputusan untuk meminta semakan adalah tidak sesuai,” tambah beliau.
2.05pm: Selepas membaca afidavit Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, DPP menafikan bahawa terdapat plot untuk menentang Anwar.
Beliau menegaskan bahawa PMO telah menyediakan dua kenyataan berkenaan.
Dalam mempertahankan pelakuan Shafee mengadakan pameran bergerak, Ahmad Kamal berkata, pihak pembelaan telah gagal untuk menunjukkan bagaimana kelakuan itu mempengaruhi penghakiman mahkamah.
Beliau berkata, keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi harus diterima.
Apa pendakwa yang dilantik lakukan semasa pameran bergerak adalah berdasarkan bukti didedahkan di mahkamah, Ahmad Kamal menambah.
1.55pm: Mahkamah bersidang semula.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal memberi tumpuan kepada kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri. Beliau berkata, PMO atau pembantu Najib membuat afidavit untuk menjelaskan keadaan.
“Ia tidak menunjukkan mereka (PMO) mempunyai kepentingan dalam kes ini,” katanya.
12.55pm: Sri Ram kemudian merujuk kepada afidavit setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.
“Pembantu itu berkata dia menyediakan dua kenyataan, satu mengenai sabitan bersalah dan satu lagi mengenai pembebasan.
“Tetapi di mana kenyataan yang lain. Afidavit ini (oleh setiausaha akhbar perdana menteri) adalah kenyataan partisan,” katanya.
Sri Ram berhujah bahawa ia bukan amalan untuk Pejabat Perdana Menteri mengulas mengenai kes jenayah.
“Ia menunjukkan PMO mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini.
“Ia menguatkan konspirasi politik,” katanya.
Mahkamah berhenti rehat selama setengah jam.
12.50pm: Memasuki hujah terakhir dalam isu konspirasi politik, Sri Ram berkata, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ke atas sabitan Anwar.
Beliau mahu mahkamah mengambil perhatian bahawa Saiful pernah bertemu timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak (kini perdana menteri).
Sri Ram kemudian membaca kenyataan penuh berkenaan dan berkata ia telah dikeluarkan sebelum hukuman terhadap Anwar dijatuhkan.
“Ia telah dikeluarkan 15 minit selepas penghakiman. Mengapa mengeluarkan kenyataan itu apabila tidak ada kenyataan seperti itu dalam kes liwat 1. Pengadu mempunyai keakraban dengan PM,” katanya.
12.45pm: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin memberitahu orang ramai bahawa Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyampaikan salam dan maaf kerana tidak hadir di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Zuraida berkata Azmin mengiringi ibunya yang sedang menjalani pembedahan otak.
Di luar, sukarelawan PKR mengedarkan makan tengah hari yang dibungkus percuma kepada orang ramai.
12.35pm: Sri Ram menunjukkan kepada hujah konspirasi politik dan sama ada mahkamah menyedari keakraban Shafee dengan parti (Umno).
“Dia menyembunyikan maklumat itu dan bahawa dia bukannya seorang pendakwa raya yang bebas dengan sendirinya. Beliau membincangkan bukti yang diadakan secara tertutup.”
Ini bukan acara oleh Majlis Peguam tetapi sebuah parti politik, beliau berhujah.
“Tingkah lakunya dengan ahli-ahli parti politik. Beliau adalah boneka dan tuan boneka berada di tempat lain. Siri jelajah itu menunjukkannya. Ia adalah bukti sokongan,” kata Sri Ram.
12:30pm: Sri Ram mengkritik Shafee kerana mengadakan siri jelajah selepas memenangi kes itu.
Beliau berkata, DPP di Jabatan Peguam Negara adalah profesional kerana mereka tidak mengadakan siri jelajah.
Hakim Zulkefli meminta Sri Ram perkaitan hujah itu.
Sri Ram menjelaskan bahawa Saiful bertemu dengan seorang pemimpin Umno dan Shafee juga berada di rumah yang sama.
“Roadshow itu dianjurkan oleh Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda Umno,” tambah beliau.
12.20pm: Sri Ram sekarang memberi tumpuan kepada sampel yang diambil dari Saiful selepas 56 jam kejadian didakwa berlaku.
Katanya, sampel telah degradasi (direndahkan), tetapi pihak pendakwaan berhujah tidak ada degradasi.
“Kes kami adalah ia degradasi dan kami berhujah dalam segala kemungkinan bahawa ini bukan sampel yang diuji oleh PW5 (ahli kimia Dr Seah Lay Hoong)”
Beliau menambah bahawa kedua-dua saksi pakar daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dipanggil memberi keterangan menyatakan terdapat degradasi tetapi mahkamah meletakkan beban kepada Anwar untuk membuktikan terdapat degradasi.
Sri Ram memuji ketua pendakwaan di peringkat Mahkamah Tinggi kerana menjalankan kes itu secara profesional tetapi ia menjadi berbeza apabila Shafee mengambil alih. Malaysiakini