Dengan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Cikgu Radhi Yusof dari Taman Selaseh, Gombak maka PAS Selangor dan khususnya PAS Kawasan Gombak amat merasakan ‘kekosongan dan kehilangan’ sebutir permata seorang insan yang serba boleh serba sederhana serba rendah diri dan menyenangkan semua golongan bangsa dan agama khasnya di daerah Gombak terutamanya sejak kemenangan PAS di negeri Selangor yang membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri yang baru.
Semasa hayat sihatnya beliau, sentiasa memenuhi jemputan menyampaikan kuliah dan nasihat di merata masjid dan surau serta mengetuai jentera parti mengadakan penerangan kepada petugas parti khususnya yang terlibat dengan pilihanraya. Beliau juga dikenali sebagai strategis sehingga memenangkan beberapa DUN PAS di Selangor. Mungkin antara pemimpin yang amat terasa dengan pemergian beliau ialah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Hasan ALi dan juga Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan seluruh rakan-rakannya yang lain selain isteri dan anak-anak tercinta.
Derita sakit yang ditanggung beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini amat dirasai bukan sahaja ahli keluarga terdekat beliau bahkan seluruh jentera jamaah yang bertungkus lumus bekerja untuk terus mencapai kejayaan di Selangor ini. Sebelum daripada ini juga solat hajat dan ziarah tidak putus-putus diadakan bagi memohon keredhaan dan keampunan ALlah SWT bagi beliau dan seluruh umat Islam.
Tidak sampai 24 jam selepas Bersih 2.0 ditamatkan dan keesokkan paginya 8.30 pagi Allahyarham CIkgu Radhi telah menyahut panggilan Illahi di Hospital Selayang. Segala perjuangan dan pengorbanan semasa hayatnya akan sentiasa menjadi panduan untuk semua ahli jamaah bagi membawa kesinambungan perjuangan yang diterokai bersama ini.
Ura-ura yang beliau akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti tidak kesampaian dan Allah terlebih dahulu menjemputnya sebagai juga seorang syahid kerana bertarung dengan derita sakit yang diuji Allah ke atasnya. Semua pihak tidak mempertikaikan kewiwbawaan dan kelayakan beliau untuk menerajui PAS GOmbak atau menjawat jawatan penting dalam PAS Selangor kerana keikhlasan tugas dan pengorbanan penuh dalam perjuangan sejak dari zaman mahasiswa lagi sehingga menjadi guru dan seterusnya pegawai di Kementerian Pelajaran di bahagian peperiksaan.
Seluruh pendokong perjuangan ini dari Presiden sehingga ke bawah akar umbi mengenali beliau dan sentiasa akan berdoa kepada ALlah untuk menempatkan beliau bersama sollehin dan mendapat magfirah dari ALlah SWT. AL Fatehah.
Subahanallah, ALlah Taala telah menunjukkan kepada semua kita semasa jenazah beliau disolatkan di Masjid Ar Rahimah Taman Greenwood keadaanya seperti solat Jumaat kerana dipenuhi dengan para jemaaah dari segenap tempat terutama dalam Selangor dan begitu juga di tanah perkuburan iaitu di Taman Batu Muda tidak henti-henti orang menziarahinya. Sesungguhnya begitulah apablla perjuangan kita sentiasa ikhlas dan jujur serta meletakkan kebenaran pada tempatnya maka ALlah akan menunjukkan kuasanya dengan memperlihatkan kemuliaan hamba-hambaNYa sejak dari atas dunia lagi untuk dijadikan iktibar kepada kita semua agar berjuang dalam perjuangan yang benar dan sentiasa mengikhlaskan diri kita.