Kerajaan BN sengaja menakut-nakutkan peniaga di Kuala Lumpur pada 9 Julai kononnya akan berlaku huru-hara akibat demo Bersih sehingga mereka menutup perniagaan. Sedangkan peniaga yang cerdik dan membuka perniagaan pada hari tersebut mendapat keuntungan yang lumayan.
Ikuti pengalaman beberapa peniaga yang membuka perniagaan pada hari tersebut. Adakah benar apa yang digambarkan oleh TV3, RTM dan akhbar-akhbar yang pro BN mempropagandakan berita-berita tentang kerugian akibat himpunan itu.
Roginy a/p Ponnampalam 44 tahun, yang telah membuka perniagaannya di KTM Kuala Lumpur merasa gembira kerana jualan beliau laris.
“Setiap hari saya membuka kedai disini waktu yang sama kira-kira 6 pagi tetapi begitu sukar untuk mendapat keuntungan yang besar. Hari ini sehingga 8 pagi, saya telah mencapai keuntungan yang banyak kira-kira RM 600 kalau nak dibandingkan hari biasa bukan semudah itu untuk mendapat keuntungan dalam RM100 sehingga jam 8 pagi. Saya yakin peniaga-peniaga samada mini market dan kedai makan juga mengalami keuntungan yang besar seperti di kedai makan sebelah orang ramai sentiasa keluar masuk untuk sarapan pagi. Kebiasaannya kedai mereka juga tidak seramai begini.
“Berbagai bangsa dan rakyat yang hadir pagi ini membuatkan saya tidak menang tangan melayan pelanggan untuk mereka membeli belah disini. Jualan Air, Roti, Prepaid kad, akhbar begitu laris sekali. Saya tidak nampak rakyat yang hadir di sini membuat kekecohan tetapi saya menjadi hairan mengapa polis begitu ramai menjaga kawasan ini,” katanya.