Pertubuhan Hindraf mengisytiharkan ia secara terbuka dan tanpa syarat menyokong gabungan besar pembangkang untuk menyingkirkan pemerintahan Umno/BN dari Putrajaya.
Pengerusinya, P. Waythamoorthy berkata pihaknya akan menggerakkan penyokong untuk bekerja sukarela menewaskan BN dan menggesa masyarakat India supaya membuang tanggapan yang Umno dan BN masih boleh dipercayai.
Beliau yang pernah berada dalam Kabinet dan menjadi senator selepas PRU13 turut menggesa parti politik pembangkang menerima perisytiharan gerakannya dengan minda terbuka.
“Gerakan ini boleh dianggap sebagai isytihar perang terhadap Umno/BN. Kami dan pembangkang ada sasaran sama untuk menjatuhkan rejim ini. Kami bersetuju dengan agenda reformasi Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menjelaskan mengenai perisytiharan itu, peguam hak asasi manusia itu merujuk Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “agenda rasis Umno” kerana kelemahan rakan sekutunya.
“Bajet 2017 bukti jelas penipuan Najib. Dia tunjuk dia ambil berat dan ucap kata-kata dan janji manis,” katanya.
Beliau berkata RM210 juta untuk masyarakat India yang diperuntukkan dalam Bajet 2017 sebagai “kecil”, dan “rasuah” untuk pemimpin India MIC dan orang mereka.
“Kami sebelum ini setuju menyokongnya dalam PRU13. Tetapi, ia berdasarkan kepada jaminan dan komitmen beliau untuk menyelesaikan penderitaan 800,000 pekerja estet yang terabai sejak 40 tahun lalu