Gombak : PAS menyelar tindakan Polis yang bertindak keterlaluan sehingga berlakunya berbagai tragedi kepada rakyat Malaysia bahkan semua peniaga mengalami kerugian yang besar ketika himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai lalu.
Sallehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak dalam kenyataan media semalam berkata ”Mereka (Polis dan FRU) punca utama kerugian peniaga di Kuala Lumpur pada 9 Julai baru-baru ini.
“Saya difahamkan semua peniaga-peniaga kecil di Kuala Lumpur dinasihatkan oleh Polis agar menutup premis perniagaan mereka kerana polis menyatakan akan berlaku rusuhan pada 9 Julai. Semua peniaga diminta menutup seawalnya pada 7hb Julai.
“Tindakan polis yang cuba menakut-nakutkan semua peniaga di situ amatlah kita kesali. Sepatutnya mereka menjaga keamanan negara bukan menakut-nakutkan rakyat dengan merosakkan minda semua peniaga,” katanya.
Beliau mengulas, kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengganggu dan melakukan tindakan yang salah yang menyebabkan rakyat menangung kesusahan sehingga keadaan menjadi kelam kabut.
Rakyat seluruh Semenanjung datang ke Kuala Lumpur sudah pasti peniaga mendapat keuntungan yang besar bukan kerugian. Tetapi atas tindakan polis menyebabkan peniaga tidak berani melanggari arahan polis dan mereka terpaksa menutup perniagaan. Pihak Polis dan KDN telah ingkar dengan titah perintah DYMM Yang Di Pertuan Agung yang telah membenarkan perhimpunan aman tersebut untuk dilaksanakan di Stadium.

Peniaga air soya di Petaling Street jadi tumpuan. Perniagaan tidak rosak biar pun jadi laluan peserta Bersih
PAS Kawasan Gombak juga mempertikaikan kenyataan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, yang mengatakan 5,000 peniaga kecil dan sederhana sekitar Kuala Lumpur mengalami kerugian RM 100 juta kerana Perhimpunan BERSIH.
”Kita mendesak agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) buat siasatan kerana ini menunjukan keuntungan mereka dalam tempoh setengah hari sekitar RM 20,000. Secara kasarnya peniaga kecil dan sederhana di sekitar Kuala Lumpur memperolehi keuntungan RM 40,000 sehari” kata Sallehuddin.
Sehubungan dengan itu, saya syorkan semua peniaga yang beroperasi perniagaan mereka di sekitar Kuala Lumpur agar buat laporan polis keatas Pihak Polis dan KDN yang menyebabkan kerugian yang dialami oleh mereka.
“Peniaga dinasihatkan agar tidak tertipu dan terperangkap dengan laporan palsu yang dikeluarkan oleh media pro Kerajaan (UMNO-BN) kerana analisis yang kita buat terdapat peniaga yang berani yang membuka premis perniagaan mereka disekitar Jalan Petaling pada tarikh 9 Julai lalu, mereka telah memperolehi keuntungan berlipat kali ganda dan tiada langsung kerosakan pada premis perniagaan mereka pada hari tersebut,” katanya lagi.