Peniaga yang menanggung kerugian akibat tunjuk perasaan Bersih 5 perlu mendapatkan ganti rugi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Thomas Fann berkata sesetengah peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka atas arahan DBKL.
“Dewan Bandaraya arah mereka tutup kedai. Maka DBKL yang bertanggungjawab atas kerugian itu. Mereka patut buat tuntutan kepada DBKL.
“Kedai yang buka pada hari itu penuh dengan penunjuk perasaan memesan makanan,” katanya di sidang media hari ini.
Satu persatuan penjaja dilaporkan mendakkwa ahli mereka di Jalan Masjid India menanggung kerugian mencecah RM500,000.
Setiausaha Agung Persatuan India Malaysia Progresif S Bharathidasan berkata peniagaan di Bangsar dan tempat lain kencang dengan kedatangan penunjuk perasaan yang lapar dan dahaga.
“Orang beratur panjang untuk beli makanan dan menunggu kerusi kosong. Bahkan ada peniaga mahu Bersih adakan tunjuk perasaan selalu kerana perniagaan mereka berganda,” katanya. FMT