Lapan orang yang ditahan berkaitan tunjuk perasaan semalam dibebaskan daripada tahanan polis malam ini, manakala 5 lagi akan ditahan sehingga esok.
Lapan yang berkenaan adalah:
Urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh; ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng; ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan; aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.
Lima lagi dijangka dibebaskan esok, kata peguam. Mereka adalah:
Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen DAP Anthony Loke dan Adun DAP Howard Lee; aktivis Hishamuddin Rais dan artis Fahmi Reza, yang membawa karikator Najib Razak dijangka direman sehingga esok.
Semua ditahan di bawah Kanun Keseksaaan atas tuduhan merusuh, berkaitan dengan tunjuk perasaan di ibu negara pada Sabtu.