Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi lebih maju berbanding Singapura daripada aspek ekonomi dan pembangunan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur pun lebih besar daripada keseluruhan Singapura.
Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tambah Dr Mahathir.
“Kita tidak jauh ketinggalan berbanding Singapura.
Dr Mahathir turut diminta mengulas mengenai keputusan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz untuk Malaysia tidak lagi menganjurkan perlumbaan Formula Satu di Sepang sebaik saja perjanjiannya tamat pada 2018.
Beliau berkata: “Ya, mereka patut robohkan F1, Putrajaya dan menara berkembar. Biar KL jadi rata.”
Nazri semalam menjelaskan keputusannya itu dibuat kerana perlumbaan itu terbukti sangat mahal dan tidak membawa keuntungan lumayan.