Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN Sarawak Abdullah Saidol memberi amaran Sarawak tidak lagi akan menjadi “deposit tetap” sekiranya perikatan pemerintah tidak tunaikan janji.
Abdullah, yang juga Adun Semop mengingatkan: “Kerajaan Persekutuan perlu tunaikan janji”.
Bercakap di makan malan BNBBC, Abdullah berkata: “Pemerintah tidak anggap Sarawak akan terus menjadi ‘deposit tetap’ sekiranya mereka tidak tunaikan janji.”
Borneo Post memetik beliau sebagai berkata Kerajaan Persekutuan perlu memberi maklum balas positif berkenaan rundingan dengan Kerajaan Negeri.
Abdullah, yang juga merupakan ketua setiausaha politik kepada ketua menteri menambah: “Kerajaan Persekutuan perlu beri meyakinkan rakyat.”
Katanya BNBBC Sarawak akan berhempas pulas membantu calon BN Sarawak memenangi kerusi Parlimen masing-masing dalam pilihan raya umum akan datang.
Abdullah percaya BN Sarawak boleh meraih 28 hingga 29 kerusi Parlimen di negeri itu, berbanding 25 kerusi yang dimenangi pada 2013.
“Itu janji kita,” katanya menurut laporan Borneo Post.
Berdukacita dengan peruntukan untuk Sarawak dalam Bajet 2017, beliau berkata pembangunan di Sarawak memerlukan peruntukan yang lebih besar, seperti peruntukan untuk negeri di Semenanjung.
Nasib baik, katanya, Kerajaan Negeri mampu menghasilkan peruntukan tambahan dalam belanjawan negeri untuk pembangunan kawasan desa.
“Kami hargai belanjawan itu,” katanya. “Saya percaya ini belanjawan yang terbaik berbanding negeri lain disebalik ketidaktentuan ekonomi dunia.”
Beliau berkata kesemua 48 ahli BNBBC berdiri bersama Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
“Kami menyokong usaha beliau mengambil semula hak Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.