Berikut Jawapan Anwar Ibrahim dalam blognya berkaitan dengan langkah PAS memboikot PRK Batu Talam 2007:
Keputusan memboikot Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam dibuat secara muafakat antara PAS & KeADILan. Alasan yang dikemukakan adalah kukuh. Sabelum itu pengerusi SPR sendiri telah membuat kenyataan terbuka mendedahkan kelemahan besar sistem p/raya di malaysia.
Kita harus memberikan mesej jelas kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa penipuan dalam p/raya dengan memperalatkan SPR, media, jentera kerajaan sudah sampai ka tahap melampau.
Penyertaan kita dalam sistem tempang dan penuh penipuan akan membantu mengesahkan pemerintahan Umno/BN yang rasuah dan rakus. Saya dukung pendirian PAS & KeADILan yang bijak dan berani. Tugas kita sekarang adalah untuk menjelaskan kapada rakyat.
Apakah layanan buruk SPR di PRK Tenang menjadi sbeab untuk sekali lagi Pakatan Rakyat memboikot sebarang pilihanraya kecil termasuk di Merlimau, Melaka ? Ini mengambilkira langkah SPR tidak mengendahkan gesaan PAS supaya pilihanraya ditangguhkan sementara kerana banjir sedang teruk melanda Tenang dan cara bantuan kepada para pengundi dilakukan secara berpilih.
Perlukah SPR diajar semula bagaimana mahu mengadakan pilihanraya yang bersih terutama cara layanan pihak anggota keselamatan ketika berhadapan dengan pihak Pakatan Rakyat seolah-olah PAS yang bertanding adalah parti haram. Begitu juga apabila para menteri kerajaan pusat turun pihak polis sendiri seolah-olah adalah rakan karib BN dengan mengadakan sidang akhbar bersama.
Sepatutnya pihak keselamatan dilihat berkecuali dalam keadaan wujudnya pilihanraya dimana jika menteri datang mereka adalah mewakili parti mereka dan bukan mewakili kerajaan rakyat yang membawa erti berlaku pengasingan jelas antara rakyat dan politik ketika mana berlakunya piliharaya, ini tidak akrabnya pihak polis apabila mengadakan sidang akhbar bersama dengan TPM.
Banyak lagi insiden berat sebelah disaksikan dalam PRK Tenang ataupun sebelum ini juga berlaku seolah-olah negara tidak aman dan huru-hara menyebabkan KDN melalui menterinya Hishamuddin Hussin terpaksa mengerahkan batalion pihak keselamatan untuk berkawal dan menjaga keamanan, alasanya padahal BN ingin menunjuk kuasa kepada rakyat agar jangan memilih pembangkang walaupun mereka adalah juga kerajaan negeri dalam persekutuan Malaysia.