Keberanian rakyat Mesir dan seluruh pemuda dan pemudinya amat dipuji kerana mereka sudah letih memberi peluang kepada Hosni Mubarak untuk membawa Mesir dari cengkaman ekonomi dan sosial yang melanda Mesir akhir-akhir ini. Idea perubahan yang sedang melanda Tunisia telah merebak ke seluruh rantau Asia Barat yang bakal menumbangkan boneka Amerika dan Yahudi.
Penglibatan AL Baradei seorang yang pernah bertugas dengan PBB adalah dialu-alukan oleh pergerakan terbesar dan terulung di Mesir terutama ketika ianya dipimpin oleh As Syahid Hassan Al Banna dan juga rekod penglibatan mereka dalam perang Arab-Yahudi. Akan tetapi langkah penuh berstrategi Ikhwan Muslimin Mesir amat perlu bagi mnegekang daripada campurtangan pihak Barat atau Amerika dan pengaruh Yahudi dalam situasi Mesir sekarang ini. Penglibatan pro sekular dan Barat di Mesir ketika ini mendominasikan pergerakan penentangan terhadap pemerintahan Hosni Mubarak.