Kenaikan tambang bas sekolah yang diwar-warkan akan dinaikkan pada tahun menjadi beban kepada Ibu bapa ketika nilai mata wang Ringgit merudum ketika ini.
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, runggutan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu diambil perhatian yang serius oleh kerajaan, terutamanya Kementerian Pengangkutan Jalan Malaysia (KPJM) agar hasrat Persatuan Pengusaha Bas Sekolah (PPBS) untuk menaikkan tambang dikaji semula.
“Isu kenaikkan tambang bas sekolah ini dilihat saban tahun berlaku dan kali ini kenaikkan agak tidak munasabah yang perlu dinilai semula oleh KPJM dan pihak yang berwajib.
“Kenaikkan tambang bas sekolah ini perlu diselesaikan segera kerana musim pembukaan sesi persekolah tinggal dua minggu sahaja lagi.
“ARUS Perak mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) campur tangan bagi mengatasi masalah ini yang dilihat membabitkan pelajar-pelajar sekolah yang di bawah tanggungjawab mereka.
“KPM wajar memikirkan jalan keluar bagi mengimbangkan kos belanja yang terpaksa ditanggung oleh Ibu bapa yang menggunakan kemudahan ini, mungkin subsidi kupon wajar diketengahkan agar kedua-dua pihak iaitu pengusaha dan pengguna boleh mendapatkan keadaan ‘menang-menang’,” katanya dalam satu kenyataan.
.