Amanah Perak terpanggil untuk sama-sama memberikan bantuan di dalam misi kemanusian ke atas mangsa-mangsa banjir di Kelantan, kata Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak Dr Muhaimin Sulam
Katanya, selain memfokuskan rombongan misi bantuan, segala keperluan yang ingin disampaikan kepada mangsa banjir turut diusahakan termasuklah sumbangan yang akan dikumpulkan bagi tujuan diserahkan kepada mangsa banjir di sana.
“Seperti mana arahan yang diberikan oleh AMANAH Nasional agar melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir. Pihak kami telah memberi arahan kepada semua 24 AMANAH Kawasan di Perak untuk melaksanakannya.
“AMANAH Perak juga membuka ruang dan peluang kepada orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan untuk diberikan kepada mangsa banjir,” kata Muhaimin dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sebarang sumbangan tunai boleh dilakukan melalui Akaun Maybank atas nama “Parti Amanah Negara Negeri Perak” – 569972060634. Maklumat sumbangan tersebut boleh dimaklumkan di talian khas AMANAH Perak – 019 284 9421