Taman Gombak : Rata-rata rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh PM, Datuk Seri Najib baru-baru ini mengenai sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihanraya umum ke-13 kelak
Penggunaan sistem biometrik dalam PRU ke 13 pasti mempunyai muslihat yang telah dirancang oleh Kerajaan dengan mendapat kerjasama SPR. Demikian hujah kata ketua kampung Changkat, Zainal Abidin B. Abu Bakar ketika di temui di Taman Gombak.
“Najib jangan perbodohkan rakyat kerana zaman sekarang zaman teknologi tinggi, zaman perubahan yang dibawa oleh generasi muda . Segala maklumat hanya dihujung jari sahaja. Semenjak pengumuman dibuat, apa yang kita dapati ramai rakyat Malaysia melahirkan perasaan kecewa melalui laman sesawang facebook dan blog mereka mengenai sistem biometrik yang rata-ratanya rakyat tidak bersetuju dengan sistem tersebut,” katanya.
Beliau mengulas, lapan perkara yang dituntut oleh rakyat dalam himpunan Bersih 2.0 yang lalu salah satunya ingin menggunakan dakwat kekal bukan sistem biometrik
“Suara hati rakyat tidak dilihat dengan penuh keperihatinan. Ini memberi maksud Kerajaan memperlekehkan suara rakyat. Mengapa susah sangat Kerajaan UMNO-BN dan SPR untuk memenuhi permintaan himpunan BERSIH 2.0 dengan menggunakan dakwat kekal?.

Ketua Kampung Tengah Zainal Abidin Abu Bakar
“Sudah pasti mereka sudah tahu jawapannya. Jika dakwat kekal digunakan maka riwayat UMNO-BN terkubur dalam PRU ke 13 maka Najib dan kuncu-kuncunya akan kehilangan kuasa mentadbir negara untuk kepentingan peribadai mereka sendiri, itu sebab mereka berdolak dalih dengan mengunakan sistem biometrik yang tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat tetapi sebaliknya membazir wang rakyat untuk menanggung kos yang tinggi untuk membeli peralatan tersebut. Meskipun sistem tersebut nampak canggih tetapi ianya tidak mendatangkan manfaat bahkan berbagai masalah boleh berlaku,
“Kita menentang dan tidak setuju 100% penggunaan sistem ini disebabkan kesukaran membaca data dengan biometrik. Contohnya semasa saya bekerja di sebuah syarikat swasta sistem ini digunakan untuk kedatangan pekerja. Semua kakitangan perlu cop jari dengan menggunakan sistem biometrik tetapi terdapat kesukaran untuk membaca data dengan menggunakan cop jari lebih-lebih lagi apabila terdapat kerosakan kepada jari mereka yang bekerja kasar. Bagi wanita pula yang sering menggunakan kosmetik jari-jari mereka juga mengalami kerosakan dan sukar untuk dibaca oleh sistem tersebut.
“Selain daripada itu, sistem biometrik yang digunakan di semua syarikat bank yang terdapat di negara kita, apa yang didapati ketika kita ingin membuat urusan di bank perlu mengambil masa yang lama disebabkan data tidak boleh dibaca dengan tepat melalui cop jari dan cip My Kad, dan apabila bekalan elektrik ini terputus membuatkan kerja pengurusan proses tergendala.
“Kita tidak mahu ketika PRU13 nanti keadaan menjadi kelam – kabut akibat pengunaan sistem biometrik ini yang sekaligus akan melambatkan proses pengundian nanti. PM dan SPR sepatutnya harus memikir kesan-kesan penggunaan biometrik, adakah ia sesuai atau tidak di gunakan dalam Pilihanraya umum,” kata Zainal..

Mesin biometrik perlu internet yang baik
Ketua Kampung Tengah, Edrus Yusof pula berkata, saya tidak bersetuju dengan cadangan PM untuk menggunakan sistem biometrik ini. kerana mahal dan tidak efektif.
“Kalau guna dakwat kekal harganya beberapa puluh ringgit sahaja berbanding dengan biometrik yang sudah pasti menelan belanja berjuta ringgit. Ini satu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku sedangkan duit tersebut boleh disalurkan ke arah kebaikan untuk membantu rakyat Malaysia yang susah.
“SPR yang merupa tali barut UMNO-BN sudah merancang kerja dengan cukup rapi. Dengan penggunaan sistem biometrik ini sudah pasti memberi kemenangan yang percuma kepada UMNO-BN. Sudah jelas terbukti apabila Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung mengakui bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Apakah dengan menggunakan sistem biometrik memberi jaminan tidak wujud pengundi hantu sedangkan sistem SPR tidak dibersihkan dengan betul dan tulus terlebih dahulu,” ujarnya.
Selain daripada itu, katanya, jika cip My Kad Pengundi rosak sudah pasti rakyat tidak dapat mengundi hari itu kerana data tidak dapat dibaca. Bagaimana pula dengan My Kad yang telah diumumkan oleh kerajaan masih banyak tidak diambil oleh rakyat di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN). Sudah pasti My Kad tersebut akan digunakan oleh PATI warganegara asing dalam PRU akan datang untuk memberi kemenangan kepada UMNO-BN.

Ketua Kampung Tengah Edrus Yusof
Idrus juga mempertikaikan Mengapa Kerajaan dan SPR begitu sukar untuk menggunakan dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU ke 12 lalu (2008) tetapi tidak digunakan. Mengapa perlu menggunakan biometrik? Sudah pasti ada muslihat yang telah dirancang dengan cukup rapi bagi merampas kembali negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan PR.
“Kita juga ada membaca laporan Berita dari Kanada menyatakan untuk menggunakan kaedah biometrik dalam mengesahkan identiti pengundi semasa pilihanraya akan memerlukan kos yang amat tinggi. Perlu ada talian Internet yang stabil di tiap tempat mengundi, perlu ada BACK UP Generator, Scanner, dan sebagainya. (Sila layari web http://www.canada.com/vancouversun/news/story.html?id=6a332d5b-a66e-481f-945c-3f453278b425&k=80914)
“Siapalah yang akan untung besar bila semua sistem biometrik ini dilaksanakan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? Macamana nak pastikan ada talian internet yang stabil di pedalaman Sarawak yang peti undi pun perlu diangkut guna helikopter? Bijak sungguh PM dan Pengerusi SPR kita.
“Kita cabar PM dan SPR jika mereka benar-benar tulus maka gunakan dakwat kekal dalam PRU ke 13. Mereka seharusnya mengambil kira suara hati rakyat dengan menggunakan dakwat kekal yang merupakan lebih berkesan, tulus dan dipercayai bukan sistem biometrik yang tidak tulus dan diragui.

Tan Choon Yong
“Jika mereka enggan kita mendesak agar pucuk pimpinan parti dan semua badan NGO serta sekratariat himpunan Bersih 2.0 adakan himpunan Bersih 3.0 pula demi rakyat yang inginkan demokrasi dilakasanakan dengan tulus dan Negara dipimpin oleh pemimpin yang beribawa dan berjiwa rakyat,” katanya.
Tan Choon Yong,tidak bersetuju dengan PM, Najib dan SPR yang bersungguh ingin laksanakan kaedah biometrik yang lebih canggih dan mahal berbanding dengan celup jari menggunakan dakwat kekal yang lebih mudah dan murah untuk mencegah pengundi hantu.
“Kalau Mykad rosak macamana? Adakah kita perlu batalkan penggunaan biometrik yang dirancang oleh mereka pada saat akhir?. Kita juga difahamkan oleh JPN Bukan 1 atau 2 Mykad rosak tetapi dilaporkan 2.4 Juta, dengan bilangan kerosakan Mykad yang banyak sudah pasti menyukarkan rakyat Malaysia untuk mengundi nanti. Begitu juga jika rakyat yang bekerja kasar sudah pasti jari mereka mengalami kerosakan.
“Ini memberi kesukaran kepada semua rakyat untuk buang undi dalam PRU ke 13 nanti. Dengan berbagai masalah yang timbul sudah pasti akan menyebabkan suasana pilihanraya menjadi kelam- kabut kepada pihak pengurusan. Sedangkan kita mahukan suasana pilihanraya yang tenang, aman dan tulus tanpa diragui oleh semua rakyat”, katanya ketika di temui di PKM DUN Gombak Setia.
Saweswathy a/p suppiah pula berkata, penggunaan sistem biometrik ini rasa tidak selamat digunakan kerana masalah jari yang saya alami semenjak mengalami sakit.
“Jari saya sukar untuk bergerak dan mengalami sakit kulit pada jari semenjak 2 tahun yang lalu sehingga kini
“Setiap kali saya ingin berurusan dengan Bank yang menggunakan sistem biometrik memerlukan berbulang kali untuk dilakukan bacaan sistem tersebut. Jadi saya berharap pilihanraya nanti PM dan SPR dapat memikirkan masalah rakyat yang kategori OKU juga bagaimana mereka ingin buang undi jika sistem ini digunakan”, katanya ketika di temui di Hospital Kuala Lumpur yang sedang membuat rawatan pesakit luar.