Pas hanya berhajat bertahan di Kelantan sahaja jika tak dapat kuasai Terengganu dan Kedah pada PRU14 ini.
Kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang juga bekas Naib Presiden Pas amat tepat kerana dendam dan amarah kepada parti serpihannya Amanah maka Pas sanggup bersengkongkol secara terang mahupun senyap-senyap dengan Umno dan juga dengan Perkasa alat Umno.
Keangkuhan Pas melalui Mohd Zuhdi Marzuki bakal meranap dan menghancurkan Pas meskipun tidak kering di bibir mulut Pas menyebut Islam Islam dan Islam.
Umno berjaya menyusup masuk ke dalam organ penting iaitu pejabat Presiden dan sekaligus pejabat Agung Pas.
Umno berjaya melemahkan semangat Pas dengan berjaya mengadakan solidariti dan persefahaman dengan Pas melalui pelbagai program dakwah.
Ahli Pas berhijrah
Kini terbukti ramai ahli-ahli Pas menyedari hal itu dan mereka tidak lagi hendak berlawan hujah dalam Pas tetapi meninggalkan parti samada melalui saluran rasmi iaitu isytiharkan atau melalui pemboikotan semua program Pas
Pertelagahan pandangan pemimpin kanan Pas seperti naib presiden Iskandar Samad, Idris Ahmad dan Nik Amar sangat jelas sekali bila melontarkan pandangan mereka
Seorang mahu Pas bersama Pakatan kerana berjaya di Selangor dan seorang lagi takut kehilangan kerusi Bukit Gantang kerana sokongan bukan Islam di sana dan seorang lagi tampak angkuh tidak seperti ayahandanya di Kelantan.
Sesungguhnya Pas tidak akan ke mana-mana pun tanpa ikatan parti-parti pembangkang yang lain samada muslim atau bukan muslim
Pas hilang semua negeri
PRU 14 akan menyaksikan hasil kerja parti-parti politik kerana para pengundi sudah berada di tahap matang untuk menentukan politik sentiasa diperbaharui di Malaysia seimbang dengan perkembangan dunia hari ini.
Pas bakal hilang semua kerusi di Selangor dan hilang kuasa di Kelantan dan rebeh di Terengganu
Pas malu hadir majlis bersama Amanah, DAP
Keterlanjuran Pas membidas DAP dan Amanah menyebabkan parti itu malu alah hadir pada majlis-majlis yang melibatkan parti Amanah dan DAP.
Pas tidak sembuh lagi demam kerana ‘pengkhianatan’ bekas-bekas pemimpin tertingginya keluar parti dan tubuhkan parti baru menyamainya iaitu Amanah.
Pada mulanya Pas menganggarkan Amanah akan berkubur selepas beberapa bulan dan tidak akan mendapat sambutan oleh pemimpin dan ahlinya.
Pas menggunakan hujah agama bagi menentang penghijrahan ahlinya kepada parti baru.Namun saban hari berlakunya insiden ahli Pas keluar parti.
Khalayak ahli Pas melihat kenapa Presiden boleh hadir pada perhimpunan Alumni Al Azhar dan sedondong dengan Presiden Umno serta hadir pada solidariti Rohingya yang dihoskan oleh NGO Umno dan NGO Pas, juga Baju Merah Jamal Tongkol.