[Amanahdaily]
Pemberita tanya Haji Hadi tentang keputusan BN tidak akan bentang usul pindaan RUU355…
Haji Hadi jawab: “PAS tidak menjadi mangsa ‘permainan’ UMNO, sebab ia adalah urusan agama Islam.
PAS tidak terjejas dengan keputusan BN itu. Ini kewajipan bersama, macam masjid. Kerajaan benar kita sembahyang Jumaat di masjid, itu bukan kerja tipu…kerja apa, itu kerja agama, ini urusan agama bukan tipu menipu,”
KOMEN: Korang paham…? Nak pecah kepala aku fikir macam mana Usul RUU355 di parlimen ditamsilkan sebagai kerajaan membenarkan kita solat Jumaat di masjid.
Seterusnya, Haji Hadi kata: “Saya akan bawa sendiri di Parlimen dan kita sudah mendapat persetujuan untuk bawa dalam sidang (kali) ini juga…akan dibahaskan InsyaALLAH.
“Speaker akan tentukan mengikut Standing Order Parlimen selepas urusan kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa pada bila-bila masa sahaja.”
KOMEN: Sidang parlimen kali ini tinggal dua hari saja lagi…. Betul ke speaker akan bagi laluan dalam masa dua hari ni…? Atau Haji Hadi main hentam je jawab soalan pemberita…?
Kemudian, pemberita tanya adakah penolakan itu akan memberi kesan kepada Pas termasuk dari segi sokongan rakyat terhadap parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang…?
Haji Hadi jawab : “Tiada kesan sebenarnya kerana kerajaan bersetuju kita bawa, beri jalan kita bawa, tiada kesan… Ini kaitan dengan hak orang Islam, kewajipan bersama bagi orang Islam, dan tiada sebab orang bukan Islam campur tangan. Itu sebenarnya.”
KOMEN: Apa kena-mengena dengan campurtangan orang bukan Islam pulak…? Tak pasal-pasal… asyik nak menyalahkan orang saja.
Akhir sekali, Haji Hadi menyeru Ahli Parlimen Islam menyokong usul akan dibawa manakala ahli Parlimen bukan Islam pula menghormati Perlembangaan kerana Parlembagaan mengatakan ia adalah hak berkait dengan orang Islam sahaja….
“Sikap Pas tidak berubah dan persediaan PAS juga tidak terjejas dalam hal itu yang akan meneruskan langkah kita dan akan mengetahui pihak mana yang sebenarnya mahu menghalang usaha dibawa oleh PAS…
“Kita hadapi halangan itu, dan kita kenal siapa yang menghalang, insyaALLAH.”
KOMEN: Apa yang Haji Hadi nak bagitahu, sebenarnya…? Bukankah dia sendiri yang minta tangguh sampai dua kali, dan pembentangan akan datang pun belum tentu lagi, pasal apa dia duk sibuk dengan orang yang menghalang…?
Siapa yang menghalang…? Kenapa tak cakap terus yg halang Najib, BN. Mengapa nak berteka2 lg. Sbb nk bg org Melayu anggap yg halang ialah DAP.
Memang teruk dia nih.
Ish…. dok reti nak kata dah dgn Presideng berat nanang. Memang Pas tak rugi lagu ni. Yang rugi ialah Islam. Rosak Islam dikerjakannya. Org Islam tentu sekali makin sarat dgn persepsi buruk terhadap hudud gara-gara 355 ini.