PAS Pulau Pinang akan membentangkan usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR dalam Muktamar PAS ke-63 yang akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini.
Pesuruhjaya PAS Negeri Fauzi Mohd Yusof berkata 13 bahagian PAS Pulau Pinang bersetuju untuk usul itu kerana PKR tidak menghormati PAS sebagai sekutunya.
“13 bahagian PAS bertemu dan sebulat suara bersetuju untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
“Ini menunjukkan PAS Pulau Pinang serius kerjasama dengan PKR,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan ke-37 Pemuda PAS Pulau Pinang di Mengkuang Titi hari ini.
Fauzi berkata, usul itu akan dihantar kepada jawatankuasa PAS pusat serta jawatankuasa usul dan berharap ia akan diterima dan dibahaskan pada muktamar itu nanti. FMT