Ketika spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung pada bulan Mei 2017 tersebar, Pakatan Harapan (PH) mula memikirkan manifesto bagi menarik pengundi.
Menurut Ketua Sektretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah, beberapa cadangan manifesto sudah pun dikenal pasti. Antaranya mahu mengurangkan kuasa perdana Menteri. Pemegang jawatan itu tidak akan lagi mempunyai budi bicara mutlak melantik peguam negara atau ketua polis negara.
Gabungan itu juga mahu pembaharui bagaimana undang-undang yang dibuat. Ia berjanji menyediakan pendidikan percuma bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Ia juga mahu mengurangkan saiz Kabinet Malaysia yang terlalu besar.
Ia mahu mengurangkan bayaran tol dan meneruskan pengampunan diraja bagi Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
Ia akan memastikan kedudukan perdana menteri dan menteri kewangan dipegang oleh individu berbeza – satu langkah yang bertujuan memberi lebih banyak sekatan dan imbangan kepada bidang utama pembuat keputusan.
Saifuddin berkata, dasar itu akan dijanjikan untuk reformasi 100 hari pertama PH. Selain itu PH juga akan mengakhiri politik perkauman, mempunyai sistem kehakiman yang bebas dan juga menjadikan cawangan eksekutif kerajaan daripada kementerian persekutuan kepada majlis perbandaran lebih bertanggungjawab.
“Daripada pemberian wang tunai, seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PH akan memperkenalkan rejim subsidi yang disasarkan, seperti terdapat di Selangor.
“Kami juga mahu orang ramai mempercayai sistem negara sekali lagi. Apabila rakyat mempercayai sistem, barulah kita boleh menyerlahkan potensi sebenar mereka,” kata Saifuddin, yang juga bekas timbalan menteri pendidikan.
Memastikan sistem diperbetulkan adalah pendekatan diambil di negara Scandinavia, kata Saifuddin, dan ia adalah sebab mengapa mereka konsisten dalam kedudukan dunia bagi pendidikan, gaji, pengagihan pendapatan, pembangunan ekonomi dan kualiti hidup.
Walaupun banyak dasar tertentu akan mengambil masa untuk membuahkan hasil, Saifuddin menyenaraikan beberapa langkah jangka pendek yang rakyat akan dapat lihat dalam masa 100 hari pertama.
- Menukar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar.
- Mengurangkan tol di lebuh raya dengan tujuan akhirnya menghapuskan sebahagian besar daripadanya.
- Mengurangkan caj pengangkutan awam.
- Mengurangkan bayaran kabotaj di Sabah dan Sarawak untuk menurunkan harga barangan di sana.
- Memberikan pendidikan percuma kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Mengurangkan jumlah menteri persekutuan bagi mengurangkan kos operasi kerajaan.
- Mengisytiharkan aset semua menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Menjadikan Parlimen lebih responsif kepada orang ramai, Saifuddin berkata satu jawatankuasa pembaharuan undang-undang akan dibentuk.
Antara tugas lain, jawatankuasa itu akan mengkaji semula undang-undang bermasalah, seperti Akta Hasutan, Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan Akta Langkah-Langkah Khas) dan Akta Perhimpunan Aman.
Parlimen juga akan mempunyai jawatankuasa lebih istimewa, seperti Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), bagi mempunyai lebih pengawasan ke atas dasar dan agensi kerajaan.
Bagi menghentikan akses keterlaluan dalam cabang eksekutif kerajaan, PH akan memastikan perdana menteri dan menteri kewangan dipegang dua individu berbeza serta mengurangkan bilangan kementerian.
Jawatan kritikal, seperti gabenor Bank Negara dan ketua polis negara akan diputuskan jawatankuasa, bukan hanya perdana menteri.
“Tujuannya ialah untuk mengurangkan kuasa seseorang dengan hanya seorang sahaja yang menentukan segala-galanya,” kata Saifuddin.
Difahamkan terdapat beberapa idea yang boleh diterima di kalangan beberapa pemimpin PH bagi penetapan had tempoh bagi perdana menteri.
Di kalangan orang Umno percaya pilihan raya umum akan diadakan pada September selepas dua peristiwa penting – ulang tahun kemerdekaan negara ke-60 dan kejayaan oleh kontinjen negara pada temasya Sukan Sea di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pemerhati politik percaya Perdana Menteri Najib Razak mungkin tidak berani mengadakan pilihan raya lebih awal, memandangkan hasil kajian yang menunjukkan penilaian kelulusan buruk ke atas Barisan Nasional dan hakikat kenaikan kos sara hidup memberi kesan kepada pelbagai kumpulan pendapatan. TMI