Teka-teki bila tarikh keramat pilihanraya umum ke 13 akan diadakan masih menjadi tandatana
semua pihak samada orang politik, ahli perniagaan dan kesemua rakyat dalam negara ini.
Semua tahu bahawa Najib selaku PM masakini mempunyai hak dan kuasa mutlak dengan
menasihati YDP Agong untuk bersetuju membubarkan Parlimen bila-bila masa sahaja.
1955, 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2011?
kesemua tahun tersebut adalah mengambarkan yaitu Malaysia dari nama Tanah Melayu kepada
Malaysia pada tahun 1963 adalah pengikut dan pengamal sistem demokrasi berparlimen dengan
mengambil panduan demokrasi ala British ataupun House Of Lord dari England.
Matlamat pilihanraya ialah hendakkan KUASA. Mahu mengekalkan kuasa atau hendak merubah
keadaan masyarakat dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Komunis pun melalui PKM
di Malaysia juga mahu merebut kuasa tersebut kerana ingin merealisasikan ideologinya.
Maka perkara yang amat ditakuti oleh pihak pemerintah Malaysia sekarang iaitu BN ialah
hilang kuasa sepertimana mereka jadi pembangkang di beberapa negeri sekarang.
Hilang kuasa bermakna hilang projek juta-juta.
Hilang kuasa bererti tiada lagi kontrol kepada beberapa akses penting yang boleh mengenyangkan
dan mengkayakan kroni BN selama ini.
Hilang Kuasa bermakna banyak pegawai kerajaan lantikan BN tergugat.
SPRM pun takut jika BN kalah dan hilang kuasa terutama di pusat.
JPN pun bimbang akan terbongkar segala diayah BN kerana itu dan ini.
Para Menteri adalah pihak yang paling takut kerana melihatkan cara dan proses pendakwaan
Dr Mohd Khir Toyo selepas hilang jawatan Menteri Besar Selangor.
Projek PEKAN di Pahang akan terbongkar.
Penyelewengan yang selama ini disebut oleh Pakatan Rakyat akan segera dapat dibuktikan
dan dihebahkan kepada rakyat Malaysia.
AG atau IGP atau Timbalannya akan terkial-kial mencari pintu selamat kerana bersikap
seolah-olah kuasa hak mutlak BN dan segalanya akan terbongkar.
InsyaAllah apa yang PR yakin bahawa Anwar mangsa fitnah akan terjawab bila kuasa BN
hilang.
Misteri Altantuya dibunuh dan Sirul Azhar sebagai kambing hitam akan terjawab.
Zul Kulim Bandar Baharu akan menjadi peguam utama disamping Muhammad Shafee Abdullah
dibantu oleh bekas-bekas peguam negara dan pendakwa agung negara seperti Gani 4tahil
dan lain-lain bagi membela Najib dan gerombolanya.