Penganalisis ekonomi berpendapat kenaikan harga minyak menyebabkan paras inflasi semakin tinggi di Malaysia. Data dari Bank Negara Malaysia pada Februari lalu menunjukkan inflasi meningkat ke tahap 4.5%.
Sementara kajian dan tinjauan agensi berita Reuters pada hujung Mac mendapati inflasi melonjak ke angka 5.1% dan merupakan yang tertinggi sejak 2008 selepas kenaikan harga petrol RM2.70 selitar pada waktu itu.
Seorang penganalisis, Albert Kwok, berkata sudah tiba masanya kerajaan BN mengembalikan subsidi bahan api, terutama ke atas diesel yang digunakan oleh kenderaan perdagangan untuk mengangkut barangan pengguna.
Jika tidak, kos pengangkutan yang mahal akan menyebabkan barangan keperluan harian melonjak harganya di pasaran.
“Ini tentunya amat membebankan golongan miskin. Selain daripada itu menyebabkan ramai peniaga serta usahawan kecil sedang menunggu tarikh pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk ubah kerajaan. Inilah yang mereka memberitahu kepada saya, mereka tidak lahi sanggup menanggung beban kenaikan yang berterusan,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Memandangkan ekonomi negara terus lembab, Albert berkata adalah sukar untuk PM Najib Razak membubarkan Parlimen. Bagaimanapun, semakin lama beliau menunda tarikh PRU tersebut maka situasi ekonomi akan menjadi semakin teruk.
“Mata wang United Kingdom naik sejurus selepas PM mereka mengumumkan PRU pada tarikh 8 Jun.
“Semua pihak terutamanya pelabur asing, golongan usahawan dan profesional memerlukan kepastian tentang tarikh pilihan raya kerana ia memberi gambaran suatu kerajaan yang berkemampuan serta mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.
“Kerajaan yang diterajui oleh BN patut mencontohi kerajaan U.K,” ujar Albert.
Pada masa sekarang, menurut Albert, usahawan menjangkakan PRU14 akan diadakan pada tahun ini. Oleh itu, mereka sedang menahan modal dan tidak mengembangkan perniagaan buat sementara waktu.
Albert rasa yakin sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang PRU14, banyak modal dari pelabur asing dan tempatan akan dilaburkan justeru ekonomi akan keluar dari tahap kelembapan yang sedang dialami sekarang.
“Memang BN mahu kekal berkuasa dan oleh kerana itulah mereka sedang berwaspada memilih tarikh PRU14.
“Saya ingin menyatakan di sini kali ini PH mesti menang kerana kalau tidak, negara-negara jiran di ASEAN akan berada jauh di depan kita sebab mereka sedang menarik banyak pelaburan asing,” tambah Albert.