Kejadian ribut yang melanda muktamar Pas ke 63 di Alor Setar, Kedah selepas muktamar Dewan Ulamanya dimulakan dengan ‘Jahanan Pan’ telah menjadi tular ke dalam media sosial sejak beberapa hari lepas.
Yang paling banyak di kongsi adalah tulisan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang meminta semua penyokong Pas agar memenuhkan dinding facebook masing-masing dengan dengan ‘Jahanam Pan’.
Razman juga bergambar khas dengan Ketua Ulama Kedah, Mohd Rejab Md Akhir, yang membacakan ikrar ‘Jahanam Pan’ itu.
Turut ditularkan adalah kenyataan naib presiden Pas sebelum ini, Idris Ahmad yang berkata, “Banjir: Orang angkuh Allah bayar tunai, kata Pas kepada DAP” ekoran kejadian banjir di Pulau Pinang.
“Doa ulamak memang makbul,” adalah komen paling popular di facebook kerana ia dianggap paling tepat dengan apa yang berlaku.
Ini kerana, sikap Pas yang suka menamakan Parti Amanah Negara sebagai PAN bukan Amanah sebagaimana yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) dianggap telah dirujuk kepada Pas sendiri.
Ini kerana, nama Pas menurut tujukan antarabangsa termasuk Wikipedia adalah “The Pan-Malaysian Islamic Party”.
Jadi jahanam Pas itu menjadi kenyataan apabila ribut melanda muktamar dan menjahanamkan khemah ‘half moon’ muktamar itu.
19 cedera apabila ribut melanda tapak Muktamar Pas ke 63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut lewat petang Jumaat, 28 April lepas.
Sehari sebelum itu, ketika perasmian Muktamar Dewan Ulama, dalam ikrar muktamar, Ketua Ulama Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir menambahkan perkataan ‘Jahanam Pan’ di akhir ikrar yang dibacakannya. – MD