Tulisan saya sebelum ini adalah lebih bertujuan menjelaskan tentang perbezaan dalam membuat analisa. Saya telah nyatakan pendekatan yang Dr. Kamarul Yusoff adalah suatu pendekatan pensejarahan. Memang beliau dididik dengan disiplin tersebut. Latar belakang saya langsung tidak dari Jabatan Sejarah. Dulu ada sekali dua saya masuk kuliah Khoo Kay Kim dan Chandran di UM, tentu sekali tidak melayakkan untuk saya menggunakan disiplin sejarah dalam penulisan.
Semua fakta yang dikemukakan oleh Dr. Kamaruzaman adalah asli dan betul. Saya ingin ulangi sekali lagi; adalah BETUL DAN SAHIH. Izinkan saya berkongsi pembacaan. Voltaire pernah menulis,
Voltaire menyatakan bahwa fakta-fakta sejarah yang bersifat runcitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat merupakan kepada sejarah yang terbeban. Voltaire seterusnya menyarankan kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justeru sebab akal insan itu sedemikian kecilnya sehingga jikalau dibebani fakta-fakta yang berunchit-runcit itu nischaya akan tertindislah ia.
Meskipun tilikan fakta-fakta yang terpencil itu menunjukkan dan menyatakan perkara-perkara yang benar berlaku dalam sejarah, namun jikalau dilihat dari sudut hiasan permandangan alam sejarah maka fakta-fakta itu menjadi palsu pula dan merupakan seakan-akan antinomy dalam falsafah sejarah. (ini aku cilok daripada syarahan Naquib al Attas).
Kita perlu kembali kepada falsafah sejarah. Ahli sejarah yang berpegang dengan mentara ‘ wis es eigentlich gewesen’ (maknanya korang carilah sendiri – kalian bukan budak suapan) adalah sejarawan yang lari daripada melaksanakan kewajipan berfikir berat. Simple minded la lebih kurangnya.
Saya maafkan jika kalian tak faham perenggan di atas. Ini falsafah dan bukan hikayat seribu satu malam macam Sejarah Melayu.
Sila abaikan jika Nakhaie Hj. Ahmad dikatakan tiada sumbangan langsung pada pembangunan konsep ‘tahaluf siasi’ jika persoalan asas ini tidak diselesaikan. Saya fikir ada kekeliruan di sana di dalam memahami epistemologi ‘tahaluf siasi’.
Begitu juga konsep ‘otherness’ yang saya tulis dalam post sebelum ini adalah persoalan pendekatan dalam kajian.
Itulah bezanya saya dengan Dr. Kamaruzaman.
Oklah, saya rasa tulis puisi lebih baik artikel politik. Kata indah menikam tidak terasa.
Pencandu politik selalu otak mereka tidak center!
_________________________________________________________________________________________
Dr Muhaimin Sulam adalah pensyarah di Universiti Teknologi Petronas dan merupakan Ahli Jawatakuasa Amanah Negeri Perak