Walaupun dibantah, kerajaan negeri Kelantan tetap meluluskan projek pembinaan kondo di sebelah Masjid Telipot yang dengan sendirinya mengambil hak untuk membesarkan masjid itu.
Tanah milik kerajaan yang menjadi tapak Tadika Tengku Anis sebelum ini akan didirikan kondo ‘D’Perdana Telipot’ dan dilancarkan majlis pecah tanahnya semalam, 17 Mei.
Projek ini mendapat bantahan dari kariah masjid ini kerana mereka mahu ia dijadikan kawasan pembesaran masjid mereka.
Banner majlis pecah tanah itu dinaikkan dengan gambar menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dinaikkan bersama dengan pemilik projek ini.
Projek ini dikatakan hasil kerjasama pemaju Jalur Saujana, PKINK dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Projek ini mendapat bantahan berbagai-agai pihak namun ia tidak diendahkan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri Kelantan.
Bagi penulis Mohd Sayuti Omar, pembinaan kondo yang dibantah itu sekaligus merosakkan persekitaran masjid Talipot bukan satu tindakan bertentangan dengan semangat dan wajah Islam seperti mana didokong oleh huruf-huruf Jawi atau Arabic yang menjadi tulisan Quran dalam banner itu.
“Tindakan ini bagi saya satu penghinaan dan hipokrasi oleh kerajaan Kelantan hari ini. Bukankah lebih baik kalau kondo itu dibina di tempat lain untuk tidak merosakkan persekitaram “elit” di Talipot itu?” kata Sayuti dalam satu tulisannya.
“Barang kali inilah antara ciri-ciri kelemahan dan kebobrokan kerajaan Kelantan hari ini dan juga teknokrat Kelantan yang ada hari ini.
“Cara mereka berfikir lebih kurang cara kera berfikir sahaja, mengait makanan hanya yang terjangkau dek tangannya,” kata beliau. – MD