Sejak hujung tahun lalu, harga minyak RON95 tidak pernah jatuh ke paras di bawah RM2 seliter. Hal ini telah menyebabkan peningkatan harga barang-barang pengguna di pasaran.
Bagaimanapun cadangan kerajaan mahu menaikkan harga runcit gula sebanyak 40 sen sekilogram dianggap akan meledakkan kemarahan peniaga dan rakyat kerana harga makanan pasti melonjak tinggi menjelang hujung 2017.
Seorang pemilik restoran makanan Asia di Petaling Jaya, Eric Tay, 41 tahun berkata, kenaikan harga bahan mentah makanan menyebabkan perniagaan beliau berkurangan keuntungan saban tahun. Sekiranya kenaikan gula yang dispekulasikan benar-benar berlaku, katanya, maka industri makanan akan merosot teruk
“Pada mulanya saya percaya bahawa pada tahun ini ekonomi negara akan bertambah baik tetapi sekarang saya sudah mengubah pendapat. Saya dapat lihat ekonomi negara semakin teruk, hanya situasi belum lagi mengalami ‘ledakan gunung berapi’,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Eric memberitahu angka keuntungan restoran beliau telah merosot sebanyak 15 peratus sepanjang 2017.
Namun, katanya, beliau bernasib baik kerana lain-lain jenis perniagaan seperti kedai barang logam, kedai pakaian, bengkel membasuh kereta dalam kedai runcit telah mengalami kemerosotan keuntungan sebanyak 40 hingga 50 peratus.
“Ramai rakan usahawan kini sudah tidak lagi percaya kenyataan kerajaan bahawa ekonomi negara kuat atau berkembang pesat. Kenyataan itu bertujuan untuk meraih undi golongan usahawan tetapi ianya tidak benar sama sekali.
“Kalau ekonomi bagus, mengapakah harga minyak tidak turun ke paras RM1.50 seliter? Dan harga gula tidak perlu dinaikkan. Bukankah ia sudah naik sebanyak 11 sen sebelum ini?” tanya Eric.
Mengenai politik, Eric berkata, PM Najib tidak perlu melengahkan pilihan raya untuk meningkatkan sokongan kerana tahap sokongan kepada BN semakin merosot.
“PM jangan pikir bahawa dengan melengah-lengahkan tarikh PRU14, golongan usahawan akan menyokong beliau. Lebih lama beliau melengah-lengahkan tarikh pilihanraya, lebih lembablah ekonomi negara kerana orang ramai tidak mahu berbelanja disebabkan oleh iklim ketidaktentuan dalam senario politik dan ekonomi masa kini,” katanya.