Koordinator Deklarasi Rakyat Khairuddin Abu Hasan mencabar Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan dengan jelas adakah peguang kanan yang didakwa menerima RM9.5 juta dari PM Najib Razak telah menyatakan pendapatannya dan membayar cukai.
“Adakah sejumlah RM9.5 juta ini telah diwartakan atau direkodkan oleh Shafee Abdullah di dalam laporan audit tahunan syarikat beliau sebelum syarikatnya diperbaharui lesen tahunan pengamal undang-undang?!
“Pihak LHDN jangan mengambil sikap berdiam diri dan mereka harus memeriksa akaun tafsiran syarikat Shafee Abdullah kerana beberapa laporan polis telah pun dibuat terhadap isu ini.
“Saya akan tunggu reaksi dari ketua pengarah LHDN untuk memberi pencerahan mengenai isu ini sehingga Isnin depan.
“Sekiranya gagal memberi pencerahan, saya secara peribadi akan membuat laporan polis ke atas ketua pengarah serta lembaga hasil dalam negeri yang bersubahat dengan Shafee Abdullah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram,” katanya dalam satu kenyataan.
Khairuddin menyelar LHDN kerana membekukan aset-aset beliau tetapi berdiam diri terhadap Shafie yang didakwa kroni PM Najib.
“Sepertimana saya yang sedang dibekukan semua akaun-akaun serta harta oleh LHDN mereka juga harus bekukan semua akaun-akuan dan harta-harta Shafee sehingga selesai siasat kes
“Seandainya Shafee tidak mewartakan dan merekodkan jumlah pendapatan RM9.5 juta di dalam laporan audit tahunan syarikat beliau, saya ingin sarankan kepada pihak ‘Bar Council’ untuk tarik balik lesen pengamal undang-undang beliau,” katanya lagi.