Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen tidak akan menyelsaikan kemelut penipuan dalam daftar pilihanraya yang dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke-13 berlangsung.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata walaupun wujud respond baik dari kerajaan dengan menubuhkan jawatankuasa khas namun PM Najib terkenal selalu tidak melaksanakan janji yang dibuat. PR mensyakki janji kali ini juga sebahagian dari taktik Najib untuk melepaskan diri
Sehubungan itu PR menuntut beberapa perkara dilakukan kerajaan demi memastikan jawatankuasa khas itu benar-benar telus serta diyakini dan segala syor-syor yang bakal dikeluarkan diterima rakyat.
“Pertama kita minta tokoh PR menganggotai jawatankuasa ini. Jawatankuasa perlulah mempunyai kuasa untuk menyiasat dan mencadangkan apa-apa perubahan serta kuasa-kuasa tertentu di dalam melaksanakan tugasnya
“Siasatan hendaklah dengan penglibatan badan audit bertauliah yang diiktiraf di peringkat global (PWC, EY dan sebagainya). Reformasi mesti dilakukan terutamanya ke atas SPR yang menyaksikan ketidakyakinan awam yang meluas terhadap ketelusan badan itu.
“Jawatankuasa ini juga mesti mengambil rekomendasi dari parti politik, NGO dan pihak akademik termasuklah menggunakan laman web bagi membenarkan orang ramai memberikan reaksi. Semua laporan jawatankuasa perlu disiapkan sebelum pilihanraya ke-13 diumumkan,” katanya.
Nurul juga menerangkan perkara asas yang wajib dijawab oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR, iaitu bagaimanakah begitu cepatnya warganegara yang baru mendapat kad pengenalan disenaraikan ke dalam laman web SPR. Seolah-olah JPN dan SPR melakukan pendaftaran automatik bagi pengundi, sesuatu yang dituntut oleh PR sejak dahulu tetapi dinafikan buat waragnegara Malaysia.
Menjawab pertanyaan wartawan berkenaan itu Mismah yang didakwa telah 20 tahun menetap di Malaysia Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempertikaikan proses penukaran kad pengenalan yang begitu pantas hanya dalam masa sehari.
“Isu Mismah jelas. Dalam beberapa jam kad pengenalannya bertukar dari merah kepada biru. Dia juga didaftarkan sebagai pengundi,” katanya.