Hosni Mubarak, anak didik Anwar Sadat memerintah Mesir selama 30 tahun sekarang ini, Mahathir Mohamed anak Cikgu Mohamed Kutty daripada negeri Kedah pula memerintah Malaysia selama 22 tahun selepas berjaya antaranya menjadikan dasar Malaysia Pandang ke Timur dan juga berjaya meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan kuasa Raja-raja Melayu. Pindaan ketika itu disokong oleh PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang Ketua Whip PAS setelah usul dibawa oleh Tun Abdul Ghafar Baba TPM dan disokong oleh Anwar Ibrahim menteri kabinet Mahathir.
Setelah lebih 50 tahun BN menerajui negara Malaysia bermula dari tarikh merdeka dengan nama Perikatan (Umno,MCA dan MIC) yang kemudian setelah BN dilanda kekalahan semasa zaman Tun Razak maka tertubuh pula Barisan Nasional yang turut dianggotai oleh PAS melalui satu kongres. Dato Asri Muda Presiden PAS meluluskan kemasukan PAS kedalam BN. Pada zaman Hussien Onn PAS ditendang keluar.
Kini zaman Najib Razak anak kepada Tun Razak sedang bergelut kelunturan sokongan rakyat terutama barisan muda dan pertengahan kerana menghidu kelicikan BN yang rakus memfaraidkan harta rakyat dan rasuah kian parah serta undang-undang keadilan semakin lemah dikuasai oleh penguasa yang zalim (ISA) dan boros membelanjakan wang rakyat.
Begitu juga isu perkauman mengaum semula selepas 13 Mei dipercayai didalangi oleh wira-wira Melayu hasil acuan Umno dan memperalatkan kaum Cina dan India yang berada dalam BN dan beberapa NGO perkauman. Orang Melayu pula gelisah kononya negeri Melayu ini akan tergadai dan akan hilang di dunia ini kerana ada orang Melayu seperti Pateh Karma Wijaya persis sejarah Melaka mahu merobek bangsa sendiri.
Islam yang ada dalam dada orang Melayu sejak awal lagi dipersoalkan oleh juak-juak jahil dan penuh dosa bimbang negara Islam ala Madinah yang diasaskan Nabi Muhammad SAW dipraktikan di negara Melayu ini oleh segelnitir pejuang-pejuang Islam dokongan PAS.
Bila TV1 melalui laporan berita dunia jam 10 malam menyiarkan kekayaan Zainul Abidin Ali dan kekayaan anak isteri Hosni Mubarak di Tunisia dan Mesir maka rakyat Malaysia teringat akan kekayaan saudara mara Mahathir, Abdullah Badawi, Najib Razak dan koncon-konconya yang mendapat peluang dari semua sumber dan kekuasaan saudara mara mereka ketika mendapat jawatan dalam senario politik Malaysia.
Siapakah taukeh-taukeh dari kaum bukan Melayu yang juga memperolehi kekayaan samada zaman Pathmanaban, Samy Velu. Koon Swan, San Choon, Liong Sik, Ka Ting, Kee Tiat atau Soi lek sekarang kalau bukan kerana berkonspirasi dengan Umno tunggak Melayu dalam BN. Mereka ini semua mempunyai hubungan antarabangsa dengan kuasa-kuasa luar cuma mereka pandai berahsia sesama sendiri dan belum hilang sepenuhnya lagi kuasa mereka.
Nanti apabila tiba masanya rakyat Malaysia akan mengamuk dan berdemonstrasi di jalanan dan tidak akan pulang ke rumah buat kali kedua selepas tahun 1998 kerana membela Anwar Ibrahim, maka ketika itu kita semua rakyat Malaysia akan mendapat khabar berita berapa jumlah harta pemimpin dan menteri dalam BN yang mengumpul kekayaan dalam dan luar negara, tunggulah saat dan ketikanya.
Rakyat Malaysia tidak ingin tahu berapa banyak harta Nik Aziz Nik Mat atau Abdul Hadi Awang dan juga Syed Husin Ali atau Yahya Ali, Tian Chua tetapi rakyat tersangat berbesar untuk mengetahui harta Rosmah Mansor, Masnah Rais, Endon Mahmud, Hasmah Mohd Ali dan anak-anak mereka.
Oleh itu jadikanlah peristiwa di Tunisia dan Mesir dan akan merebak lagi di semua negara Asia Barat untuk pengajaran di Malaysia dan gunakanlah peluang demokrasi yang ada untuk membuat perubahan dengan aman dan lancar tanpa menyusahkan rakyat kebanyakan dan melalui undi rahsia rakyat boleh menjatuhkan BN buat selama-lamanya. Seterusnya generasi kita akan datang mengucapkan terima kasih kepada kita semua kerana menyediakan untuk mereka suasana yang adil dan aman.