Orang Melayu akan hilang kuasa dan keistimewaan Melayu menjelangnya tahun 2050 sekiranya orang Melayu tidak bersatu dalam memperjuangkan nasib kaum sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, hari ini orang Melayu sudah berpecah kepada kumpulan tertentu terutama dalam menyokong pertubuhan politik yang diasaskan orang Melayu.
“Sejak merdeka walaupun kita dapat kekalkan keamanan pelbagai kaum namun jelas hari ini kita dapati dalam bidang ekonomi masih ada golongan yang miskin dan kaya.
“Ini berlaku kerana dahulu orang Melayu yang miskin percay dengan menyokong pemimpin yng mengamalkan sistem demokrasi 60 % kaum Melayu dan dikalangan mereka ada yang yakin dan percaya dalam sistem demokrasi orang Melayu akan terus berkuasa sepanjang masa.
“Apa yang mereka tidak fikirkan dikalangan pemimpin negara dahulu berkemungkinan berlaku perpecahan orang Melayu kerana berselisih faham sesama mereka.
“Di waktu ini orang Melayu sudah hancur tiada lagi 60% mungkin 30% yang sebenarnya sudah menjadi kaum minoriti,” ujarnya merujuk kepada parti yang dikuasai orang Melayu seperti Pas, PKR dan Bersatu yang telah ditubuhkan selain Umno.
Beliau bercakap dalam Dialog Tokoh Politik Bersama Cendiakawan Melayu anjuran Gabungan Intelektual Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Dalam dailog ini Tun Dr Mahathir dan Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa sebagai panelis dan majlis ini Pengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Justeru kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini lagi, untuk menang pilihan raya dalam sebuah negara demokratik, Umno-BN telah terpaksa terus mendapatkan sokongan dikalangan bukan Melayu di negara ini untuk kekal berkuasa.
“Jika menjadi minoriti untuk menang pilihan raya secara demokratik untuk mendapatkaan sokongan sudah tentu amat penting mendapat sokongan bukan Melayu untuk terus kekal berkuasa.
“Dasar asal sewaktu capai kemerdekaan kita berpegang kepada bahasa, budaya, pendidikan tetapi kini ia telah beransur diketepikan untuk dapat sokongan, berasas kepada perasaan ketakutan.
“Kelemahan orang Melayu dalam bidang ekonomi tetapi berapa lama mereka dapat bertahan dengan kekuatan politik. Walaupun kini di lihat satu kaum mempunyai kekuatan dari segi ekonomi dan satu kaum lagi dari segi politik yang dikira dapt menyelamatkan orang Melayu dengan adanya kekuatan politik itu.
“Ada pendapat untuk selamatkan orang Melayu hanya Umno sahaja boleh lakukan. Buat beberapa lama Umno berjaya memberi pelindungan pada orang Melayu.
“Tetapi semakin lama semakin kurang tetapi masih lagi boleh memberi pelindungan kepada Melayu ..orang Melayu senang hati jika orang Melayu lindungi mereka. Umno tidak sama ketika pada masa pengasasnya dan pendirian pemimpin terkemudian yang menyusul tidak lagi sama,” ujarnya di hadapan lebih kurang 60 cendiakawan yang terdiri dikalangan pimpinan politik, pensyarah dan profesor di negara ini.
Manakala Datuk Husam Musa dalam ucapan pendahuluannya berkata, sudah tiba masanya rakyat menerima perubahan dalam politik tanahair.
Ini kerana perubahan politik tidak dapat dielakkan kerana tidak ada dalam pemerintahan sesebuah negara pemerintah selamanya kekal berkuasa.
“Begitu juga perubahan dalam rejinm kerajaan hari ini, yang mana di Tanah Melayu ini sudah berlaku perubahan, yang mana kita perlu laluinya secara teratur.
“Tidak pernah dalam sejarah Malaysua moden melihat kepada kekuatan Pakatan Harapan yang terdiri daripada kepimpinan yang telah diuji dari segi polisi dan personaliti kepimpinan yang sebenarnya kita boleh sesuaikan pada masa ini,” ujarnya.
Beliau yang juga Adun Salor berkata, dengan kehadiran Dr Mahathir dengan parti baharu Bersatu, ujarnya, tidak bermakna rakan dalam Pakatan harapan tidak dapat menerima kehadiran mereka.
“Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin daripada regim yang ada hari ini tidak semestinya mereka tidak boleh diberikan peluang dalam negara kita.
“Ancaman yang ada lebih besar amat penting iaitu ‘leadership’. Ini kerana kepimpinan Melayu yang ada hari ini bermasalah hingga terdesak mendapatkan bantuan asing. Isu keselamatan moden bukan daripada luar bandar tetapi dalam bandar.
“Isunya kini regim yang ada hari ini siapa selepas Najib? Dalam Pakatan Harapan kita dan kekuatan pemimpin. Dalam Umno tidak lagi mempercayai Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sejauhmana pula kekuatan Hisham (Datuk Seri Hishamuddin Hussein),” soalnya. – MD