Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin bersimpati dengan kritikan pedas yang diterima Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamry Kadir berikutan kegagalan beliau meningkatkan pencapaian ekonomi Perak dan memakmurkan penduduknya.
“Saya simpati terhadap pentadbiran Dato’ Seri Dr Haji Zambry Abd Kadir yang dikritik atas pencapaian (buruk) selama tempoh lapan tahun (kerana) dilihat gagal menyuburkan pendapatan kantung kewangan Kerajaan Negeri Perak.
“Dengan menasihatkan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang telah membidas pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dianggap kurang sopan dan biadap serta dalam masa yang sama mempertikai pencapaian pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang tidaklah boleh ‘dibanggakan’.
“Apabila Datuk Zambry meluahkan perasaan kecewanya dengan tomahan Datuk Seri Azmin (baru-baru ini) yang dahulunya sama-sama menjadi pemikir Pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka sudah tiba masanya rakyat Perak sama-sama ‘membantu’ pentabiran Kerajaan Perak dengan memberi ‘nafas’ baharu (menggantikan BN dengan Pakatan Harapan).
“AMANAH Perak yakin Pakatan Harapan Perak khasnya cukup bersedia menggembleng seluruh tenaga dan buah fikiran untuk memajukan Perak ke satu tahap yang boleh dibanggakan dengan menjadikan agenda ketelusan, cekap dan amanah di dalam pentadbiran nanti,” kata belua dalam satu kenyataan.
Tambah Nizar, negeri Perak punya hasil yang banyak, muka bumi cukup luas dan subur jika pemimpinnya mempunyai agenda untuk menggembalikan keyakinan pelabur bagi menjana industrilisasi di negeri itu.