Pelabur asing tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan Malaysia berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jameson Tan, pelabur asing yang memiliki kilang di Selangor berkata, pengumuman kerajaan berkenaan kelewatan bayaran pampasan kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), sebuah syarikat Abu Dhabi yang disenaraikan di Bursa Saham London sebagai isu ‘teknikal’ diragui oleh komuniti perniagaan.
Katanya, kenyataan tersebut masih kurang jelas dan sebagai seorang usahawan, beliau memerlukan penjelasan yang lebih mendalam berkaitan situasi 1MDB yang akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, terutama keyakinan kewangan dan tarikh pilihan raya umum.
“Saya teka pilihan raya umum sudah dekat. Kerajaan Malaysia sedang bergelut dengan banyak isu contohnya skandal melibatkan Razak Baginda (kawan PM Najib) sedang disiasat di Peranchis, 1MDB di Amerika Syarikat, nilai Ringgit yang lemah dan harga barang yang meningkat. Pilihan raya tidak boleh ditunda lebih lama dan perlu diadakan sebelum isu-isu itu meledak seperti gunung berapi,” kata Jameson kepada Suara pakatan daily.
Bagaimanapun, bagi beliau, isu 1MDB adalah yang terbesar dab mampu menjejaskan keyakinan pelabur asing kerana telah ‘meletup’ di peringkat antarabangsa. Kegagalan membayar IPIC pada 31 Julai lalu merupakan berita kurang baik untuk pelabur asing di Malaysiai.
“Juga kenaikan harga minyak RON95 dari RM1.97 menjadi RM2.03 dan kini naik lagi menjadi RM2.07 pula adalah bukti kerajaan Malaysia tidak mampu menurunkan harga barang walaupun harga minyak di pasaran dunia masih rendah iaitu hanya sekitar AS$52 setong
“Kami sebagai pelabur asing memerlukan penjelasan yang telus dan teliti mengenai semua isu ekonomi dan bukan setakat diberi kenyataan ringkas bahawa ekonomi negara masih kukuh, stabil dan kuat,” sinis beliau.