Facebook Pengundi Luar PAS Perak mendapat sambutan menggalakkan dari para pengunjung laman sosial itu. Demikian ditegaskan oleh haji Asmuni Awi, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak.
“Jabatan Pilihanraya PAS Perak yakin usaha untuk membina komunikasi antara penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) yang telah menjadi pengundi di Perak mula menunjukkan kemajuan setelah ianya dilancarkan melalui laman sosial Facebook Pengundi Luar PAS Perak baru-baru ini oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Abu Bakar Hussien. Setelah ianya dilancar, peningkatan demi peningkatan pemilik Facebook peribadi yang menjadi pengundi di Perak telah menyatakan minat bersama dengan Facebook yang telah diwujudkan itu,” katanya
Komunikasi facebook menurut Asmuni memudahkan pengundi luar Perak mendapat berita semasa mengenai PAS yang boleh disebarkan dalam kadar pantas berbanding medium lain.
“Facebook memudahkan komunikasi antara pengundi Perak yang berada di luar daripada Perak untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang telah berlaku di Perak dan berdialog secara tidak langsung bersama kepimpinan PAS terutamanya bekas Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
“Ia juga akan memudahkan setiap jentera parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi bagi menyalurkan sebarang maklumat bagi persediaan menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.
“Kami mengharapkan penyokong PAS / PR Perak dapat menggunakan dan memanfaatkan Facebook ini bagi memastikan kemenangan PR dalam PRU 13 nanti. Bagi yang memiliki Facebook peribadi yang sudah bersama diharapkan mereka ini dapat membantu membuat sebaran atau makluman kepada penyokong PAS / PR untuk bersama di dalam laman sosial ini. Melalui usaha ini adalah diharapkan usahakan kita untuk mencapai lebih dari 50,000 orang yang akan bersama dengan Facebook Pengundi Luar PAS Perak ini menjelang PRU 13 yang akan datang akan tercapai. Oleh yang demikian kami mengharapkan agar sasaran tersebut tercapai sebagai tanda sokongan anda semua!,” katanya.