Segelintir pihak tidak selesa kerana memikirkan Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi perdana menteri akan membantu rancangan Pakatan Harapan (PH) merancang agenda pembaharuan, kata ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata, sekutu pakatan pembangkang masih belum menentukan calon untuk perdana menteri sekiranya menang pada pilihan raya umum ke 14.
Ahli politik pembangkang veteran itu cuba menjawab kebimbangan yang dikemukakan aktivis masyarakat sivil Haris Ibrahim bahawa mantan perdana menteri itu akan memimpin negara itu lagi, walaupun masanya sudah berlalu.
Lim berkata konsensus dalam PH adalah ketua de facto dan bekas musuh Dr Mahathir, Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri ke lapan sekiranya pembangkang menangi Putrajaya, dan selepas tempoh tadbir urus sesiapa pun yang dipilih PH untuk jawatan itu selepas pilihan raya akan datang.
“Keputusan masih lagi bergantung kepada konsensus PH mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya PH menang pada pilihan raya umum akan datang dan menjadi perdana menteri ketujuh, merancang agenda agar Anwar menjadi perdana menteri ke lapan,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun sejak Februari 2015 atas dakwaan kes liwat kedua. Pada Jun lalu, ketua de facto PKR itu berkatadalam satu kenyataan dari penjara dia menarik diri sebagai calon perdana menteri sekiranya PH menang pilihan raya akan datang.
Ahli politik pembangkang dan masyarakat awam berbelah bahagi dengan peranan Dr Mahathir dalam PH, di mana beliau adalah pengerusi. Beliau juga mengetuai Bersatu, parti yang dibentuknya selepas meninggalkan Umno atas skandal yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Najib Razak dan firma pelaburan negeri 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Haris menyalahkan Dr Mahathir kerana amalan politik berasaskan bangsa di Malaysia dan tidak ‘menyesal’ atas tindakannya yang mewujudkan masalah sistem di Malaysia sehingga hari ini, dan baru-baru ini memberitahu portal berita agenda perubahan PH akan ditetapkan jika Dr Mahathir dipilih sebagai perdana menteri.
Lim berkata kebimbangan Haris adalah berasas dan PH juga mahukan agenda perubahan untuk memastikan Malaysia tidak menjadi negara yang gagal.
“Haris dan aktivis politik lainnya diundang untuk bekerja dengan sekretariat PH untuk menyiapkan agenda perubahan PH untuk menyelamatkan Malaysia. – TMI