Berapa ramai ahli PAS berdaftar di seluruh kawasan dalam Melaka ?
Berapa jumlah penyokong yang bukan ahli PAS di Melaka ?
Berapa ramai pula ahli PKR dan DAP di Melaka terkini ?
Apakah undi yang didapati semasa PEMILU 2008 dapat dikekalkan ?
Bancian dan risikan terbaru PAS DAP PKR apa kesudahannya di Melaka ?
Begitulah antara soalan-soalan buat Tuan Pesuruhjaya PAS Melaka, Pengerusi PKR Melaka dan Pengerusi DAP Melaka.Banyak lagi pertanyaan dan hal samada remeh temeh atau titik bengit untuk sentiasa berlegar dalam kepala pemimpin politik bukan sahaja di Melaka malah seluruh tempat dalam Malaysia apabila kita terjun dalam arena politik negara ini.
Kalah menang merupakan adat yang wajib dirasai oleh semua pihak. Takala Pakatan Rakyat memenangi Parlimen Kuala Terengganu dari tangan BN seolah-olah besok jika diadakan pilihanraya umum maka PR akan membentuk kerajaan samada di Terengganu atau di Putrajaya. Tetapi apabila kalah di Bagan Pinang, Tenang, Galas dan lain-lain tempat maka mengelonsor semangat pendokong PR sebentar dan agak kaget bila menerima tamparan sebegini.
Lagi parah apabila tengah seronok Mustafa Ali, Harun Taib, Bakar Chik dan Abdul Hadi Awang mendapat gelaran Dato daripada DYMM Sultan Terengganu tiba-tiba PRU 2004 serta merta kerajaan PAS Terengganu berpindah tangan berkat kerja kuat Derih Jusoh dengan slogan ‘Serik Doh Weh” (taubat tak nak dah PAS) semua pihak kebingungan, terkejut, mengejutkan dan segala-galanya bagi sesetengah penyokong di Terengganu menganggapnya sebagai seperti cerita 3 Abdul karya P Ramlee bila ayah mereka mati Abdul Wahib tidak mendapat sesenpun harta bapanya kerana kerja jahat Abdul Wahub dan Abdul Wahab.
Hilang segala harapan dan cita-cita PAS semasa itu untuk meneruskan penggal sekali lagi sebagaimana Kelantan 1990, 1995, 1999, 2004 hingga kini.
Yang tinggal pada pemimpin PAS Terengganu ialah bekas exco dan bekas YB ADUN sahaja dan juga mereka semua selamat sejahtera kerana berpencen dan berduit kerana mendapat pampasan selepas kalah, namun buat rakyat tinggal kenangan dan harapan yang tak sempat menjadi kenyataan. Ini berlaku adalah kerana kehendak ALLAH yang Maha Esa tiada siapa boleh meramalkan kejadian tersebut.
Tenang bukan ukuran untuk seterusnya begitu juga Merlimau bukan juga ukuran untuk kesekian kalinya. Kerana arah aliran rakyat sekarang untuk BN amat sukar untuk dibaca dan di ramal. Namun kecewa tiada dalam kamus semua petugas pilihanraya samada mereka pemimpin yang dipilih atau ahli biasa kerana bagi perjuangan PAS mereka bergantung kepada perjuangan para Nabi dan Rasul menang kalah tuhan tidak akan tanya kepada mereka tetapi yang dipersoal ialah adakah kamu semua telah berjuang dengan ikhlas ?
Bagi DAP pula mereka memperjuangkan keadilan duniawai sahaja dengan harapan agar tetap menang untuk melaksanakan keadilan.
Bagi PKR mereka mahu menebus semua kesilapan semasa mereka masih Umno (bagi yang pernah jadi Umno) dan begitu juga mahu mengembalikan status Anwar Ibrahim yang masih difitnah dan mahu menerapkan nilai mulia dan adil untuk semua.
Oleh itu jangan berlengah dan berdalih lagi persiapakan apa yang ada untuk berhadapan dengan Bn-Umno sehingga mereka jatuh atau berubah.