Lebih dua minggu lalu Fastaqim 2.0 di Terengganu digambarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Tantawi akan menyajikan kejutan.
Namun selepas Fastaqim itu berakhir kejutan tidak kunjung tiba kerana tokoh yang ‘dipinang’ Pas Tan Sri Khalid Ibrahim malu alah menyertai parti pak lebai itu.
Alih-alih, baru-baru ini Pas mengarak pula bekas AJK Pergerakan Puteri Umno Bahagian Klang Wan Asshima Kamaruddin yang telah hadir ke Majlis Pelancaran Gagasan Sejahtera Negeri Selangor dan mengumumkan perletakan jawatannya dalam Umno pada majlis itu.
Kemudian Wan Asshima menyertai pula Pas. Adakah ini tokoh kejutan Fastaqim 2.0?
Tidak dapat isytihar tokoh-tokoh besar masuk Pas maka AJK Puteri Umno pun jadilah.
Kini Wan Asshima akan diarak dan dimartabatkan sebagai pejuang Islam kerana berani menyokong Pas.