Pas terkenal dengan sumpah seranahnya terhadap Umno sejak berdekad-dekad lalu.
Namun sejak kebelakangan ini, demi hendak keluar daripada kepayahan hidup dan disisih Umno maka beberapa pimpinan Pas menjalinkan hubungan dengan Umno secara diam-diam
Demi dendam kesumat kerana G18 (pengasas Parti Amanah Negara) berjaya membawa keluar ahli-ahli Pas dan membentuk parti baru maka segelintir pimpinan Pas tekad mahu berselingkuh dengan Umno
untuk menjatuhkan pembangkang di bawah Pakatan Harapan di banyak negeri.
Veteran mahu pemimpin berubah
Bukan semua ahli Pas setuju dengan tindakan segelintir tokoh-tokoh muda Pas.
Antaranya, veteran Subky Latif amat sedar hal ini akan mengecilkan pengaruh Pas pada jangka panjang.
Tetapi dia sebagai orang lama mahu menunggu agar pimpinan Pas berubah dalam masa terdekat
dan kembali berunding dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi BN.
Ribuan ahli baru ilusi
Ribuan mendaftar sebagai ahli baru Pas dan digembar gemburkan sebagai sambutan hangat itu hanyalah mendaftarkan penyokong Pas yang masih belum berdaftar sebagai ahli rasmi
Hakikatnya, puluhan ribu ahli keluar Pas dan sebahagian besarnya adalah aktivis parti. Keluarnya aktivis-aktivis ini bakal melumpuhkan jentera pilihan raya Pas
Kekuatan Pas dalam PRU ke 14 ini tidak akan sama lagi sebegaimana PRU 12 dan 13.
Mohon Tuan Guru Hadi bersara
Terdapat arus dalaman Pas mahu agar Tok Guru Hj Hadi bersara. Suara bawahan sangat berminat untuk bersama keluarga besar pembangkang dalam Pakatan Harapan
Mereka juga tidak gemar double standard ustaz-ustaz muda Pas. Bila bekas-bekas Umno masuk Pas mereka raikan tetapi bila ahli Pas masuk parti lain mereka akan dihukum dan difitnah. Itulah Pas tahun 2017!