Melalui pembentangan Bajet 2018, PM Najib Razak berusaha keras untuk menyedarkan kaum India bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh mahu membantu mereka melepaskan diri daripada kesusahan hidup sejak berdekad-dekad lalu.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) menolak program Najib kerana kebanyakannya adalah janji kitar semula yang telah pun dilafaskan pada sebelum pilihan raya umum (PRU) ke 13 lalu namun tidak tertunai sehingga kini.
Menurut Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran, undi kaum India amat berharga terutama di kawasan-kawasan yang mana undi Melayu terbahagi dua atau tiga antara BN dan blok pembangkang.
Katanya, BN kurang mensasarkan undi kaum Cina kerana arah sokongan politik mereka telah diketahui. Manakala kaum India dianggap masih boleh diubah dan dipujuk.
“Kumpulan pengundi yang disasarkan oleh BN ialah masyarakat Melayu di tempat pertama diikuti dengan masyarakat India dan masyarakat Cina,” katanya yang menyifatkan berlaku unsur memujuk kaum India dalam bajet yang dibentangkan Najib baru-baru ini.
Sehubungan itu, Manogaran berkata, terdapat kawasan yang mana 10% dan 20% pengundi India menjadi penentu kemenangan BN atau pembangkang.
12 kerusi Parlimen di mana lebih 10% pengundi India menolak BN berbanding PRU13 lalu maka kerusi-kerusi tersebut akan jatuh ke tangan PH:
- Titiwangsa
- Cameron Highlands
- Kuala Selangor
- Bentong
- Labis
- Merbuk
- Pasir Gudang
- Kulim Bandar Baru
- Padang Rengas
- Balik Pulau
- Teluk Intan
- Segamat
13 kerusi Parlimen menjadi milik PH jika sekurang-kurangnya 20% hingga 25% undi India berubah arah:
- Bagan Datok
- Bagan Serai
- Hulu Selangor
- Pulai
- Tanjung Malim
- Sabak Bernam
- Tanjung Piai
- Setiawangsa
- Tambun
- Johor Bahru
- Baling
- Tampin
- Larut
Justeru itu, sekiranya pengundi India mengundi dengan bijak, maka PH akan berjaya memperolehi tambahan 25 buah kerusi berbanding PRU 13.