Mohd Azlin Razali layak untuk memiliki sebuah rumah daripada skim rumah mampu milik kerajaan namun dia masih tidak berasa selesa untuk membuat permohonan bagi satu unit rumah.
Walaupun terdapat ratusan ribu lagi orang yang layak sepertinya masih dalam senarai menunggu untuk Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), jurujual kereta yang berusia 35 tahun itu masih tidak berbuat demikian.
“Saya bimbang sekiranya saya membuat pinjaman perumahan, saya tidak akan mampu lagi untuk mendapatkan barangan lain seperti makanan, kemudahan asas dan lampin,” katanya merujuk kepada keperluan anak perempuannya yang baru berusia setahun.
Pengalaman Mohd Azlin merupakan satu contoh bagaimana pakar memberi amaran bahawa harga rumah bagi rakyat Malaysia tidak selari dengan pendapatan majoriti rakyat Malaysia.
Ketidakpadanan ini menjadi punca mengapa unit rumah dalam PR1MA, yang merupakan skim rumah mampu milik untuk membantu golongan berpendaoatan sederhana di Malaysia, dianggap masih tidak mampu dicapai mereka.
Penilai dan penganalisis hartanah veteran Ernest Cheong berkata, ketika ini, hanya mereka yang berpendapatan RM10,000 sebulan yang mampu untuk membeli hartanag bernilai RM250,000 ke atas.
Cheong berkata berikutan kenaikan harga barangan dan keperluan rumah, rakyat Malaysia berpendapatan sederhana tidak memiliki wag lebihan yang cukup pada hujung bulan untuk mendapatkan pinjaman perumahan.
“Mereka yang berpendapatan RM5,000 dua tahun lalu boleh menyimpan RM1,000, tetapi kini mereka hanya boleh menyimpan beberapa ratus ringgit sahaja. Malaysia dipaksa dari segi kewangan untuk meneruskan hidup.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, tahun lalu 89% populasi pekerja mendaat kurang daripada RM5,000.
Masalah init turut disuarakan oleh Mohd Azlin, yang meraih pendapatan antara RM4,000 dan RM5,000 sebulan. Dia dan isterinya tinggal di USJ bersama ibu bapanya dalam flat kos sederhana.
“Buat masa ini, harga barang sangat mahal dan ia terus meningkat. Sekiranya kamu tiada RM5,000 sebulan kamu takkan mamu bertahan. Saya masih bertahan dalam perbelanjaan. Tetapi kalau saya buat pinjaman perumahan saya tidak tahu bagaimana untuk terus bertahan.”
Pada laman webnya, PR1MA menyatakan mereka yang memohon untuk rumah perlu mempunyai pendapatan antara RM2,500 dan RM15,000 sebulan.
Ia turut memnunjukkan 31 projek yang “Unit Terhad Dibuka Semula” dan 18 projek yang “Dibuka untuk permohonan”.
Lima belas projek “Unit Terhad Dibuka Semula” menawarkan rumah pada harga di antara RM100,000 dan RM200,000, sembilan projek menawarkan rumah pada harga antara RM201,000 dan RM250,000, dan tujuh projek yang menawarkan rumah pada harga antara RM251,000 dan RM300,000.
Untuk projek “Dibuka untuk permohonan”, hanya projek di Changlun, Kedah menawarkan harga rumah bermula dari RM187,000.
Enam projek lain yang menawarkan rumah pada harga RM201,000 dan RM250,000 dan enam lagi projek menawarkan rumah pada harga antara RM251,000 dan RM300,000.
Selain PR1MA, kerajaan turut menawarkan skim perumahan lain seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), skim Rumah Mesra kos sederhana yang mana kedua-duanya di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Harga dua skim rumah selain PR1MA yang ditawarkan itu adalah antara RM42,000 dan RM165,000.
Namun skim itu amat sukar untuk diperoleh walaupun kepada mereka yang layak.
Malinda Jamal, 31, berkata dia dan kira-kira 10 orang rakan dan sepupunya memohon untuk skim PR1MA di Lembah Klang beberapa bulan lalu.
“Saya dengar ramai kawan saya memohon tetapi setakat ini hanya seorang sahaja daripada kami yang dapat masuk program ini,” katanya yang juga eksekutif jualan yang mendapat kira-kira RM3,000 sebulan.
Penyelia kilang Zuliza Zulkifli, 33, juga memohon untuk pinjaman perumahan semasa cuba membeli rumah flat yang dibina Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berharga RM80,000 di Pantai Dalam setahun lalu.
“Tetapi saya tidak layak kerana saya rasa bank melihat semua potoongan yang dibuat untuk kereta dan pinjaman peribadi sebelum ini.
Mereka yang layak untuk mendapatkan skim rumah bersubsidi ini juga masih belum yakin dengan tawaran itu.
Saiful Hassan layak untuk dua program perumahan kerajaan tetapi dia tidak memohonnya bagi memastikan di amendapat nilai yang terbaik yang sepadan dengan pendapatan keluarganya.
Kontraktor binaan beursia 33 tahun itu layak untik Rumah WIP, iaitu program perumahan untuk penduduk Kuala Lumpur yang dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Satu lagi skim adalah yang dibina oleh SPNB kepada pemilik yang sudah mempunyai lot tanah kosong.
Rumah WIP yang berharga RM300,000 memerlukan RM36,000 untuk du apetak parking bersama denga bayaran pendahuluan RM30,000 bagi 90% pinjaman perumahan, kata Saiful.
“Jadi saya terpaksa melepaskan tawaran itu kerana saya tidak mampu untuk bayar tempat letak kereta. Tawaran SPNB adalah kira-kira RM85,000 tetapi saya perlu bayar RM60,000 dan sediakan tanah,” kata bapa kepada seorang anak ini.
“Tetapi pada masa itu, SPNB perlu menentukan sama ada sebuah rumah boleh dibina di atas tanah saya. Selepas melihat tawaran dan kualiti rumah yang dibina, saya tidak pasti untuk terima tawaran itu.”
Saiful berkata, dia menunggu untuk memohon program yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipanggil SelangorKu sebelum membuat keputusan.
Mereka seperti S Mohan 33, yang bernasib baik untuk memiliki rumah kos sederhana kira-kira lima tahun lalu, mahu berpindah ke rumah yang lebih baik.
“Kejiranan di kawasan saya tinggal semakin teruk. Saya mahu anak-anak membesar di tempat yang lebih selamat,” katanya yang merupakan jurutera dari Taman Kinrara yang membeli apartmen itu pada harga RM165,000.
“Tahun lalu saya dan isteri membuat bajet untuk RM500,000. Kemudian kami sedar, kini kami tidak dapat lagi rumah untuk harga itu sekarang, jadi kami perlu tingkatkan kepada RM600,000. Sekarang harga siling adalah RM700,000.
Walaupun berpendapatan RM9,000 Mohan merasakan dia tidak mampu lagi untuk berpindah.
“Walaupun saya buat pembiayaan semula rumah lama, ia masih tidak mencukupi dengan kos sara hidup kini. Dan kami tidak akan ada simpanan untuk kecemasan.” – TMI