Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin dan percaya semua jentera parti sudah bersedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 dan mampu menawan kerusi-kerusi DUN yang diwakili oleh YB lompat seperti Changkat Jering dan Behrang.
Demikian menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Zawawi Hassan. Menurutnya jentera PAS telah bersdia sepenuhnya untuk mengambil kerusi tersebut dalam pilihanraya yang mungkin berlangsung pada bulan November depan
“Kami berkeyakinan untuk menduduki kerusi Parlimen Kawasan Bagan Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Changkat Jering dan juga DUN Kawasan Behrang yang mana telah melompat parti menjadi bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN) kini.
“Kami telah mengarahkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai bagi kerusi Parlimennya dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang bagi kerusi DUN Changkat Jering serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Malim bagi DUN Behrang meningkatkan usaha dan kerja bagi memastikan kerusi tersebut menang kembali pada PRU 13. Kami yakin usaha daripada sekarang dan menjelangnya PRU 13 nanti akan memastikan kemenangan besar buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kelak.
“Kami yakin pengundi-pengundi tidak akan hilang sokongan kepada kami dan PR walaupun pelbagai pendekatan yang telah diberikan oleh BN bagi mengembalikan kerusi tersebut pada PRU 13 ini kepada BN kembali. Malah kami yakin pengundi baru ‘orang muda’ akan terus memberikan sokongan kepada PAS / PR kelak. Malah dengan keyakinan ini, kami akan terus bekerja bagi memastikan amanah rakyat terus menjadi pegangan dan keutuhan bagi merealisasikan ‘Negara Berkebajikan’,” katanya dalam satu kenyataan media.